20 kluster tempat kerja antara 30 kluster baharu dikesan hari ini

June 24, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 84 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata dalam tempoh itu 869 masih dirawat di unit rawatan rapi dengan 438 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Sehingga kini 716, 847 kes dilaporkan sejak Covid-19 sejak kes pertama dikesan di negara ini, dengan 61,162 kes masih aktif dan 650,964 kes sembuh termasuk 5,411 hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau melaporkan 5,841 kes positif baharu dikesan di seluruh negara dalam tempoh berkenaan.

Hari ini 14 negeri dan wilayah mencatatkan kenaikan kes baharu, sementara Pahang dan Pulau Pinang mengalami penurunan.

Dr Noor Hisham berkata dalam tempoh 24 jam lalu sebanyak 30 kluster baharu dikesan dengan 20 daripadanya adalah jangkitan di tempat kerja, kluster komuniti (sembilan), dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Daripada jumlah itu Selangor mencatatkan lapan kluster tempat kerja yang membabitkan 249 kes positif baharu dengan 101 kes melibatkan sebuah industri di Jalan Seruling 57, Klang.

Selangor juga merekodkan satu kluster baharu melibatkan kumpulan berisiko tinggi iaitu di Klang membabitkan 15 individu.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan empat kluster baharu tempat kerja (22 individu di Kepong) dan satu kluster komuniti membabitkan 252 penduduk di Lembah Pantai.

Negeri Sembilan, Johor dan Kedah pula masing-masing mencatatkan tiga kluster baharu tempat kerja; Kelantan, Sabah dan Sarawak masing-masing dua kluster tempat kerja dan komuniti, dan Perak (satu – tempat kerja).

Jumlah individu yang dijangkiti Covid-19 daripada semua 30 kluster baharu itu adalah seramai 1,044.

Data 24 Jun 2021

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
UEC tak ikut Akta Pendidikan 1996, kenapa harus diiktiraf? Kok Seong
November 30, 2022
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022
Barang mewah bernilai RM80 juta sah dipulangkan semula kepada Najib dan Rosmah
December 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
4 minit lalu · Isu semasa
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
8 jam lalu · Isu semasa
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
13 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
13 jam lalu · Isu semasa
Covid: Kematian semalam tertinggi sejak April, 1,737 kes baharu
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
11 minit lalu
[VIDEO] Ceramah umum pertama BN-PH hambar, tiada sepatah ‘penyamun’ disebut Mat Sabu
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok