20 kluster baharu, 119 varian Omicron dikesan

February 11, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 20 kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari tadi, menjadikan keseluruhannya setakat ini sebanyak 6,575 kluster.

Peningkatan jumlah kluster itu seiring dengan lonjakan kes harian hari ini yang mencecah 20,939 kes positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 6,165 kluster telah ditamatkan.

Terdapat 410 kluster lagi yang masih aktif, katanya. Semua maklumat berkaitan kluster baharu itu akan dikemas kini dalam laman sesawang Covidnow selepas tengah malam ini.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan daripada jumlah kes harian yang dilaporkan hari ini, 118 atau 0.56 peratus membabitkan kategori 3, 4, dan 5; dan 20,821 kes (99.44 peratus) kategori 1 dan 2.

Kategori 1 melibatkan 5,181 kes (24.74%); Kategori 2 (15,640 kes – 74.7%); Kategori 3 (95 kes -0.45%); Kategori 4 (13 kes – 0.06%); dan Kategori 5 (10 kes – 0.05%).

Seramai 5,807 telah sembuh hari ini menjadikan kumulatif pulih sebanyak 2,841,271 kes atau 94.8 peratus daripada 2,996,361 kes kumulatif positif, katanya.

Pada masa sama beliau berkata KKM juga mengesan 121 kes import yang membabitkan 69 warganegara dan 52 rakyat asing.

Sebanyak 20,818 kes lagi adalah penularan tempatan yang melibatkan 20,315 warganegara dan 503 bukan warganegara.

Sehingga kini seramai 155 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi, dengan 80 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan sebanyak 188 kes baharu Variant of Concern (VOC) telah dilaporkan daripada 9 Februari 2022 hingga 11 Februari 2022 yang terdiri daripada 69 kes varian Delta dan 119 kes varian Omicron.

“Kesemua 188 kes baharu ini telah dikenal pasti oleh Institut Penyelidikan dan Perubatan Malaysia (IMR),” katanya.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 7,586 kes.

Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 7,566 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak:

  • 6,504 kes varian Delta;
  • 815 kes varian Omicron;
  • 233 kes varian Beta; dan
  • 14 kes varian Alpha.

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;

  • 13 kes varian Theta;
  • Empat (4) kes varian Kappa; dan
  • Tiga (3) kes varian Eta.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
2 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
6 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
9 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
9 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok