20 kluster baharu: 10 jangkitan di tempat kerja, 9 dalam komuniti

September 24, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memaklumkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, sebanyak 20 kluster baharu dikesan, dengan 10 daripadanya membabitkan jangkitan tempat kerja membabitkan 471 individu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sembilan lagi kluster dikesan dalam komuniti dengan jangkitan membabitkan 218 individu, manakala satu kluster kumpulan berisiko tinggi dilaporkan di Johor Bahru (24 individu).

Beliau berkata secara keseluruhan sebanyak 5,389 kluster dikesan sejak Covid-19 menular di negara ini pada Mac tahun lalu, dengan 4,139 telah ditamatkan dan 1,250 kluster masih aktif.

Daripada jangkitan di tempat kerja itu, Johor merekodkan empat kluster, Selangor dan Melaka masing-masing dua kluster dan masing-masing satu di Sarawak dan Pahang.

Bagi jangkitan dalam komuniti pula, Johor, Kelantan, Pahang dan Sarawak masing-masing mencatatkan dua kluster, manakalan satu lagi di Negeri Sembilan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham juga memaklumkan dalam tempoh 24 jam itu seramai 16,751 pesakit disahkan sembuh, menjadikan kumulatif sejak tahun lalu kepada lebih 1.95 juta kes.

Pada masa sama beliau berkata, daripada 14,554 kes baharu hari ini, 1,287 membabitkan warganegara asing.

“Daripada jumlah kes baharu itu, 163 kes atau 1.1 peratus membabitkan kategori 3, 4, dan 5. Sementara 14,391 kes lagi atau 98.9 peratus terdiri daripada pesakit kategori 1 dan 2,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya 1,049 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala 599 pesakit lagi memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok