20 inisiatif PERKUKUH susun semula keupayaan GLIC: PM

August 12, 2021 · Isu semasa

Kerajaan hari ini melancarkan inisiatif Perkukuh Pelaburan Rakyat (PERKUKUH) terdiri daripada 20 inisiatif utama bagi membantu usaha enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) melaksanakan mandat diperbaharui mereka.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata titik permulaan PERKUKUH adalah untuk menyusun semula peranan dan memperbaharui keupayaan GLIC Malaysia dan mencapai lima hasil utama.

Beliau berkata, lima hasil utama itu adalah mandat yang lebih jelas bagi setiap GLIC, peningkatan tumpuan terhadap pelaburan untuk pembangunan dan yang menjadi pemangkin untuk memacu pertumbuhan baharu serta meningkatkan kesan sosio-ekonomi dan menyemarakkan lagi pelaburan dalam sektor swasta sambil menyelaraskan peranan kerajaan dan agensinya dalam perniagaan.

Selain itu ia juga mewujudkan GLIC yang bersiap siaga menghadapi masa hadapan dengan tadbir urus, keupayaan dan strategi terbaik dan memperkukuhkan perlindungan sosial dan ketahanan fiskal.

Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri berkata, PERKUKUH secara asasnya bermula dengan pengiktirafan mandat, struktur pembiayaan dan profil risiko pelbagai GLIC yang terlibat.

“Khususnya, syarikat-syarikat akan dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Dana Kekayaan Negara, yang merangkumi entiti seperti Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) dan Menteri Kewangan (Diperbadankan).

“(Sementara itu) kategori Pelabur Institusi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP,) Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji (TH) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adalah untuk menetapkan mandat, strategi dan pengurusan liabiliti aset GLIC yang terlibat dengan lebih baik dan jelas,” katanya dalam ucapan beliau semasa pelancaran PERKUKUH yang diadakan secara maya, hari ini.

Perdana Menteri berkata dalam merumuskan PERKUKUH, kerajaan telah memanfaatkan kepakaran dalam ekosistem GLIC, penggubal dan pengawal selia dasar dan peraturan, kementerian serta peneraju industri, termasuk yang terlibat dalam Program Transformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang pertama.

“Begitu juga, pelaksanaan PERKUKUH akan turut melibatkan rangkaian pihak berkepentingan yang meluas. Sebagai contoh, Suruhanjaya Sekuriti akan menerajui inisiatif ‘standard pelaburan lestari’ bersama dengan Bank Negara Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, bersama-sama dengan GLIC, inisiatif ini akan dipacu oleh agensi Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) di bawah Kementerian Kewangan, yang akan bertindak sebagai Pejabat Pengurusan Program.

Muhyiddin berkata bagi GLIC kategori dana kekayaan negara, akan ada penyeimbangan semula fokus antara pulangan kewangan serta hasil sosio-ekonomi dan keutamaan utama adalah pelaburan modal berhemah melalui pendekatan yang lebih strategik dan disasarkan ke bidang pertumbuhan baharu.

Menurutnya, ekosistem yang dibina bagi bidang pertumbuhan baharu akan dirancang untuk memacu peningkatan pelaburan sektor swasta bagi jangka masa panjang.

“Khazanah, misalnya, akan memulakan pembangunan ekosistem pertumbuhan baharu melalui Dana Impak bernilai RM6 bilion. Sememangnya pada saat ini, usaha sedang dipergiatkan untuk memulakan pelaburan bersama dengan beberapa pelabur institusi antarabangsa dan dana kekayaan negara lain,” katanya.

Untuk menyemarakkan lagi pelaburan swasta, PERKUKUH juga akan memperkemaskan hubungan antara kerajaan dan perniagaan, antara lainnya, melalui penilaian semula syarat pegangan ‘golden shares’ (saham keutamaan), pentakrifan semula sektor-sektor yang dianggap strategik sebelum ini, serta mengenal pasti bidang baharu yang mempunyai kepentingan bagi negara.

ini, katanya, akan meningkatkan lagi daya tarikan terhadap GLIC yang berkaitan, sambil membolehkan pengoperasian yang berkesan dalam persekitaran terkawal.

“Sehubungan itu, saya ingin memberi jaminan bahawa evolusi ini akan berjalan secara beransur-ansur, seiring dengan pengukuhan peraturan dan kawalan yang sewajarnya. Saya juga ingin menekankan bahawa usaha ini akan dilaksanakan selari dengan amalan antarabangsa terbaik, yang mana definisi dan teknik pengendalian aset strategik berkembang melalui masa,” katanya.

Muhyiddin berkata, PERKUKUH akan membantu GLIC bersiap siaga menghadapi masa hadapan dengan tadbir urus, keupayaan dan strategi terbaik.

Menurutnya, amalan tadbir urus akan menjadi lebih mantap, seperti proses pelantikan kepemimpinan, yang mana beberapa prinsip panduan akan diperkenalkan secara kolektif untuk mengatasi isu-isu bersama, seperti konflik kepentingan dan akauntabiliti.

Bagi rakyat secara umumnya, Perdana Menteri berkata, PERKUKUH akan mewujudkan penciptaan pekerjaan berkualiti tinggi, peningkatan pendapatan isi rumah dan pengurangan ketidaksamarataan.

“Kesejahteraan rakyat akan ditingkatkan melalui program perlindungan sosial yang lebih berkesan dan holistik, yang mana kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan GLIC dan GLC akan mengukuhkan lagi usaha merapatkan sebarang jurang, menjangkaui keperluan asas yang telah disediakan oleh kerajaan,” katanya.

Berita berkaitan
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
9 jam lalu· Isu semasa
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
14 jam lalu· Politik
Bolehkah Yang di-Pertuan Agong tolak cadangan bubar Parlimen?
20 jam lalu· Politik
Hanya ada 38 kerusi, Anwar bidas UMNO tiada majoriti putuskan bubar Parlimen
October 2, 2022· Politik
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
October 3, 2022
Mangsa banjir di Johor meningkat lagi pada tengahari, Mat Maslan mana?
October 3, 2022
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
October 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dua juta pekerja asing bakal masuk dalam tempoh terdekat: Saravanan
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.70, kerajaan masih abai nasihat MPN
10 jam lalu · Isu semasa
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
10 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
11 jam lalu · Isu semasa
Tiada krisis ekonomi dihadapi negara, kata Gabenor Bank Negara
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
10 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok