20.2 peratus populasi dewasa terima dos penggalak

Seramai 4,717,84 individu atau 20.2 peratus daripada populasi dewasa telah menerima suntikan dos penggalak sehingga semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Pada masa sama 22,817,909 atau 97.5 peratus individu dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin masing-masing sama ada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal, menurut laman sesawan KKM, Covidnow.

Sementara, 23,123,189 atau 98.8 peratus lagi individu dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja pula, lebih 5.57 juta remaja berusia antara 12 dan 17 tahun telah menerima suntikan vaksin masing-masing.

Daripada jumlah itu, 2,834,774 atau 90.0 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 2,736,688 atau 86.9 peratus melengkapkan suntikan vaksin masing-masing.

Keseluruhannya, lebih 56.03 juta dos vaksin telah diberikan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari lalu bagi menangani penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Sehingga semalam, negara merekodkan 2,721,544 kumulatif kes positif, dengan 2,638,191 pesakit disahkan sembuh, dan 31,135 kes kematian.

BERITA BERKAIT
POPULAR