1MDB: Najib, Rosmah dalam senarai teratas sogokan, kata Tim Leissner

March 12, 2022 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di senarai teratas yang akan disogok untuk mendapat kelulusan perjanjian mengumpul dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara itu dimaklumkan bekas eksekutif bank Goldman Sachs Tim Leissner kepada Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada perbicaraan bekas rakan sekerjanya Roger Ng.

Memetik laporan The Edge hari ini, Liessner dipetik sebagai mendedahkan carta ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low untuk merasuah pegawai di Malaysia dan Abu Dhabi berhubung dana 1MDB.

Leissner memberi keterangan sebagai saksi utama kerajaan AS dalam perbicaraan Ng di AS berhubung dakwaan pengubahan wang haram dan dakwaan melanggar undang-undang antirasuah.

Menurut The Edge, Leissner menjawab soalan peguam bela Marc Agnifilo mengenai carta Low. Leissner mengesahkan senarai nama itu mengandungi rakyat Malaysia di sebelah kiri, dan nama teratas adalah Najib yang juga Menteri Kewangan pada masa itu, dan Rosmah.

Agnifilo: Dan saya fikir, jika saya betul, anda berkata bahawa rakyat Malaysia disenaraikan di sebelah kiri dan penyertaan teratas ialah Najib Razak dan Rosmah, bukan?

Leissner: Ya – Najib Razak adalah PM – PM/Rosmah.

Leissner juga dilaporkan mengesahkan bahawa terdapat beberapa pegawai 1MDB yang disenaraikan selepas nama Najib sebagai orang yang akan menerima rasuah.

Agnifilo juga bertanya sama ada terdapat pegawai kerajaan Malaysia yang lain dalam senarai sebagai orang yang akan menerima rasuah.

Leissner dipetik mengesahkan: “Ya, tetapi ia bukan kementerian kewangan, ia adalah PM/Rosmah”.

Antara lain, The Edge melaporkan mengenai keterangan Leissner kepada pendakwa raya AS mengenai sebab dalam e-melnya kepada rakan sekerja menyembunyikan nama dan penglibatan Jho Low dalam hal 1MDB.

Akhbar itu melaporkan bahawa Leissner menekankan peranan rasmi Low dalam 1MDB milik kerajaan.

“Kerana kita bercakap tentang sebuah institusi kerajaan di sini di mana orang luar, bukan sebahagian daripada struktur korporat atau struktur pentadbiran kerajaan, pada asasnya, memegang semua kuasa dan semua kawalan ada padanya.

“Dan hubungan itu datang daripada hubungannya dengan perdana menteri,” Leissner dipetik sebagai memberi keterangan.

Najib kini dibicarakan di Malaysia kerana penyelewengan dana daripada 1MDB dan kes lain berkaitan yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan berdaulat itu.

Ahli Parlimen Pekan itu telah pun disabitkan dan dijatuhkan hukuman atas pelbagai pertuduhan jenayah dan rasuah berkaitan SRC International Sdn Bhd, bekas unit 1MDB, pada 2020.

Dia kini dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Berita berkaitan
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu· Isu semasa
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
13 jam lalu· Politik
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
June 8, 2023· Politik
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
June 8, 2023· Politik
Popular
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
11 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
11 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
12 jam lalu · Isu semasa
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok