1MDB mohon perintah serahan ganti saman terhadap Jho Low, 5 individu

September 14, 2021 · Isu semasa

1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah penyampaian ganti bagi menyerahkan writ saman AS$3.7837 bilion kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, ahli keluarga dan rakan sekutunya.

Jho Low yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini gagal dihubungi secara peribadi kerana tidak berada di alamat terakhir masing-masing.

Memetik Bernama, Peguam K Siva Kumar yang mewakili 1MDB berkata pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa permohonan itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu ini berikutan writ saman masih belum dapat diserahkan kepada kesemua defendan.

“Mahkamah kemudian menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 6 Oktober ini,” katanya ketika dihubungi pemberita melalui aplikasi WhatsApp selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nor Afidah Idris hari ini.

Penyampaian ganti adalah untuk menyampaikan dokumen dalam litigasi awam dalam bentuk surat, iklan atau sebarang kaedah lain yang membolehkan prosiding mendapat perhatian pihak defendan oleh kerana penyampaian dokumen secara peribadi tidak dapat dilakukan.

Pada 7 Mei lepas, 1MDB dan empat anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited, memfailkan saman terhadap Jho Low, ayah dan ibunya Tan Sri Larry Low Hock Peng dan Puan Sri Goh Gaik Ewe, kakaknya May Lin, adik lelakinya Taek Szen serta rakan sekutunya Eric Tan Kim Loong.

Berdasarkan writ itu, 1MDB menuntut US$661 juta daripada Jho Low dan masing-masing US$41 juta, US$397 juta, US$608 juta dan US$1.9 bilion daripada Jho Low dan Tan serta US$325 juta daripada Jho Low dan ayahnya.

1MDB Global Investments Limited pula menuntut US$630 juta daripada Hock Peng, Jho Low dan Tan serta US$2 juta daripada Taek Szen, Jho Low dan Tan.

Plaintif turut menuntut US$3.5 juta daripada May Lin and Jho Low serta US$1.695 juta daripada Goh, Jho Low dan Tan berhubung pembelian barang kemas serta keuntungan rahsia selain US$25.5 juta daripada Jho Low, Tan, Hock Peng dan Taek Szen.

Penyataan tuntutan plaintif mendakwa mereka dimanipulasi oleh sekumpulan individu termasuk Najib dan Jho Low untuk memfasilitasikan penipuan yang berskala besar dan berjangka panjang, menyebabkan berbilion-bilion ringgit dilesapkan.

“Semasa melaksanakan penipuan tersebut, pelbagai pecah amanah dan pelanggaran tugas fidusiari telah dilakukan oleh Najib, ahli-ahli lembaga pengarah dan pasukan pengurusan kanan plaintif-plaintif.

“Dana dan aset kesemua plaintif yang telah dipindah kepada defendan-defendan telah dilesapkan dengan pengetahuan kesemua defendan secara pecah amanah dan pelanggaran tugas fidusiari,” menurut penyataan tuntutan itu.

Plaintif mendakwa Najib telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukan beliau untuk melindungi dirinya serta menyembunyikan penipuan terhadap mereka antara lain bagi menghalang usaha menyiasat dan membongkarkan bukti berkaitan penipuan serta salah laku terhadap plaintif di Malaysia.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok