1MDB masih tanggung hutang RM32.08 bilion setakat 30 Jun

July 21, 2022 · Isu semasa

Jumlah baki komitmen hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) setakat 30 Jun lalu adalah RM32.08 bilion dengan andaian kadar tukaran wang asing AS$1 bersamaan dengan RM4.50.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bagi tempoh April 2017 hingga Mei 2022, kerajaan telah menyalurkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau pendahuluan sebanyak RM10.85 bilion untuk bayaran komitmen dan faedah hutang 1MDB berikutan masalah kewangan dihadapi 1MDB sebelum ini.

Menurutnya semua bantuan itu disalurkan melalui Kementerian Kewangan (MOF) dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

“Selain daripada bantuan kewangan langsung kerajaan, faedah hutang 1MDB juga dibiayai dengan menggunakan dana pemulihan aset 1MDB yang disimpan dalam satu Akaun Amanah di bawah MOF yang dikenali sebagai Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset,” katanya dalam jawapan bertulis di persidangan Dewan Rakyat, hari ini (21 Julai 2022).

Memetik Bernama, Tengku Zafrul berkata setakat 30 Jun 2022, jumlah dana pemulihan aset 1MDB yang berjaya diperoleh semula adalah sebanyak RM19.28 bilion daripada beberapa mata wang asing termasuk dolar Amerika Syarikat, dolar Singapura dan dolar Australia.

“Dana ini telah dan akan digunakan bagi tujuan pembayaran hutang 1MDB dengan sebanyak RM10.84 bilion telah digunakan untuk tujuan pelunasan hutang 1MDB setakat 30 Jun 2022.

“Pada masa ini, dana itu masih berbaki sebanyak RM8.83 bilion (termasuk hibah dan untung atau rugi tukaran asing),” katanya.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata proses untuk mendapatkan semula dana 1MDB sedang berjalan dan menyifatkannya sebagai suatu proses rumit dan panjang serta boleh memakan masa bertahun-tahun lamanya.

“Ini bukan sahaja melibatkan kerjasama beberapa agensi tempatan dengan asing, malah turut meliputi proses perundangan di mahkamah dan proses rundingan penyelesaian,” katanya.

Namun, beliau menegaskan bahawa kerajaan tetap komited dalam meneruskan usaha untuk mendapatkan semula semua dana berkaitan 1MDB yang telah diseleweng, sama ada melalui tindakan undang-undang mahu pun rundingan penyelesaian.

“Matlamat utama adalah untuk memaksimumkan pulangan bagi melunaskan hutang 1MDB dan mengurangkan beban kewangan kerajaan,” kata beliau.

Sebelum ini, 1MDB terlibat dengan skandal kewangan terbesar dunia yang turut mengaitkan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak beberapa bank luar negara dan rakannya yang juga ahli perniagaan dalam buruan Jho Low.

Berita berkaitan
Menjelang perbicaraan terakhir esok, Najib istiqamah dengan keputusan bakal dihadapi
August 14, 2022· Politik
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022· Isu semasa
Tindakan Najib, Arul pinda laporan audit 1MDB adalah perbuatan jenayah, kata saksi
August 12, 2022· Isu semasa
Dasar monetari proaktif kerajaan jamin ringgit, pasaran kewangan stabil: Zafrul
August 11, 2022· Isu semasa
Popular
Permohonan Najib ‘cacat, pentingkan diri sendiri’, kata pendakwaan
August 15, 2022
Perbicaraan Najib wajar ditangguh sehingga siasatan Nazlan selesai: Hisyam Teh
August 15, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Tak adil dakwa laporan LCS fitnah hanya kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kejatuhan harga minyak, kadar faedah China jejas nilai ringgit
21 minit lalu · Isu semasa
Dewan Negara lulus empat RUU
1 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
2 jam lalu · Isu semasa
KKM mohon lebih banyak dana penjagaan kesihatan awam
2 jam lalu · Isu semasa
Skandal kapal tak siap: Bekas pegawai tinggi BNS didakwa esok
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
7 jam lalu
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok