1MDB: Mahkamah tangguh kes Roger Ng, tunggu hukuman di AS

June 20, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan kes bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng Chong Hwa berhubung penjualan nota sekuriti dan bon bernilai AS$6.5 bilion (RM28.61 bilion) milik anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sementara menunggu hukuman kes jenayahnya di Amerika Syarikat (AS) diputuskan pada 13 September ini.

Pada 8 April lalu, Ng didapati bersalah oleh mahkamah Persekutuan Brooklyn di AS kerana melakukan konspirasi menyeleweng ratusan juta dolar daripada syarikat pelaburan 1MDB, bagaimanapun hukuman terhadapnya masih belum diputuskan.

Timbalan Pendakwa Raya Zaki Asyraf Zubir memaklumkan kepada mahkamah bahawa perbicaraan kes jenayah dihadapi Ng di mahkamah AS sudah selesai dan proses hukuman akan dijalankan pada 13 September, lapor Bernama.

“Untuk makluman mahkamah, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) memohon penyerahan sementara tertuduh ke negara itu sehingga akhir Ogos ini. Saya pasti mereka (DoJ) akan memohon lanjutan tempoh penyerahan sementara memandangkan proses hukuman pada September ini.

“Oleh itu, saya mohon tarikh sebutan kes pada 18 atau 19 Oktober ini untuk memaklumkan kepada mahkamah tentang status terkini kes tertuduh (Ng) di Amerika Syarikat,” katanya pada pengurusan kes hari ini.

Peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Ng mengesahkan mengenai tarikh hukuman itu dan memaklumkan anak guamnya sudah memfailkan rayuan terhadap keputusan juri di mahkamah di AS.

“Keputusan dicapai pada 8 April 2022 dan hakim di New York sudah tetapkan hukuman pada 13 September 2022. Saya setuju dengan permohonan pendakwaan untuk tarikh sebutan itu bagi memaklumkan tentang perkembangan kes (di AS),” katanya.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan pengurusan kes pada 19 Oktober ini untuk pihak pendakwaan dan pembelaan memaklumkan status terkini kes yang dihadapi Ng di AS.

Pada 19 Disember 2018, Ng mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs berhubung penjualan bon 1MDB bernilai US$6.5 bilion dengan menggugurkan fakta material dan membuat kenyataan palsu.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di pejabat 1MDB, Tingkat 8, Menara IMC, Jalan Sultan Ismail di sini antara 19 Mac 2012 dan 11 November 2013.

Pada 4 September 2021, pertuduhan terhadap Goldman Sachs International Ltd dan dua entitinya di Asia iaitu Goldman Sachs (Asia) LLC dan Goldman Sachs (Singapura) digugurkan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan pendakwaan untuk menarik balik pertuduhan berhubung penjualan bon 1MDB bernilai US$6.5 bilion.

Berita berkaitan
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
4 jam lalu· Isu semasa
1MDB dapat kebenaran teruskan saman terhadap rakan sekutu Jho Low
June 7, 2023· Politik
PMX diminta bawa bincang isu kalimah Allah ke MKI terlebih dahulu, titah Sultan Selangor
June 7, 2023· Isu semasa
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
June 7, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ
June 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
2 jam lalu · Isu semasa
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
3 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
6 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
2 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok