1MDB kini tuntut AS$3.7837b dari Jho Low, keluarga, rakan dan Najib

July 14, 2021 · Isu semasa

1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan empat anak syarikatnya meminda writ saman tuntutan daripada AS$1.402 bilion kepada AS$3.7837 bilion daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, ahli keluarga dan rakan sekutunya.

1MDB bersama dengan 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited, memfailkan writ terpinda di Mahkamah Tinggi pada 6 Julai lepas.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, kesemua plaintif mendakwa mereka dimanipulasi oleh sekumpulan individu termasuk Datuk Seri Najib Razak dan Jho Low untuk memfasilitasikan penipuan yang berskala besar dan berjangka panjang.

“Ini telah menyebabkan berbilion-bilion ringgit dilesapkan secara penipuan dan dialihkan kepada akaun-akaun yang dikawal secara peribadi untuk kepentingan pelbagai penipu termasuk defendan-defendan.

“Semasa melaksanakan penipuan tersebut, pelbagai pecah amanah dan pelanggaran tugas fidusiari telah dilakukan oleh Najib, ahli-ahli lembaga pengarah dan pasukan pengurusan kanan plaintif-plaintif.

“Dana dan aset kesemua plaintif yang telah dipindah kepada defendan-defendan telah dilesapkan dengan pengetahuan kesemua defendan secara pecah amanah dan pelanggaran tugas fidusiari,” menurut plaintif dalam tuntutan itu.

Plaintif mendakwa Najib menyalahgunakan kuasa dan posisinya untuk melindungi dirinya serta menyembunyikan penipuan terhadap mereka antara lain menghalang usaha untuk menyiasat dan membongkarkan bukti berkaitan penipuan dan salah laku terhadap plaintif di Malaysia.

Dakwa plaintif, Najib turut menggunakan kuasanya untuk memecat mana-mana pegawai kanan awam termasuk Peguam Negara dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang mempersoal kelakuannya atau yang meneruskan siasatan berhubung penipuan terhadap kesemua plaintif.

“Najib telah dipaksa untuk meninggalkan jawatannya setelah Barisan Nasional kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei 2018.

“Sebuah kerajaan baharu ditubuhkan pada 10 Mei 2018 yang mengambil alih kawalan pemilikan terhadap kesemua plaintif, hanya setelah kerajaan baharu berkuasa dan penggulingan Najib sebagai Perdana Menteri,” dakwa plaintif.

Peguam Siva Kumar Kanagasabai, yang mewakili plaintif, ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp mengesahkan perkara itu dan memaklumkan pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 12 Ogos.

Penyataan tuntutan asal yang difailkan pada 7 Mei lepas menyaksikan 1MDB serta anak syarikatnya menuntut AS$1.402 bilion daripada Jho Low, ayah ahli perniagaan itu Tan Sri Larry Low Hock Peng, kakaknya May Lin dan rakan sekutu beliau iaitu Eric Tan Kim Loong.

Memetik laporan Bernama Writ terpinda itu turut menamakan ibu Jho Low, Puan Sri Goh Gaik Ewe dan adik lelaki ahli perniagaan tersebut Taek Szen sebagai defendan.

Berdasarkan writ terpinda itu, 1MDB menuntut AS$661 juta daripada Jho Low dan menuntut masing-masing AS$41 juta, AS$397 juta, AS$608 juta dan AS$1.9 bilion daripada Jho Low dan Tan serta sebanyak AS$325 juta dituntut daripada Jho Low dan ayahnya.

1MDB Global Investments Limited pula menuntut AS$630 juta daripada Hock Peng, Jho Low dan Tan serta AS$2 juta daripada Taek Szen, Jho Low dan Tan.

Plaintif turut menuntut AS$3.5 juta daripada May Lin and Jho Low serta AS$1.695 juta daripada Goh, Jho Low, dan Tan berhubung pembelian barang kemas serta keuntungan rahsia selain AS$25.5 juta daripada Jho Low, Tan, Hock Peng dan Taek Szen.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok