1MDB kata Jho Low proksi, ejen Najib untuk niat penipuan: Laporan

February 25, 2022 · Isu semasa

Syarikat kekayaan berdaulat negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendakwa Low Taek Jho atau Jho Low adalah ‘pengarah bayangan’ syarikat itu.

Dalam jawapan kepada pernyataan pembelaan defendan, 1MDB berkata ini kerana ahli perniagaan dalam pelarian itu bertindak sebagai proksi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Defendan pertama (Low) pada setiap masa material adalah pengarah bayangan kerana dia adalah proksi dan/atau rakan sekutu dan/atau ejen Najib.

“Defendan pertama telah mendapatkan proksi-proksinya untuk bekerja dalam plaintif-plaintif, termasuk Terrence Geh, Casey Tang, Nik Faisal dan Jasmine Loo yang kesemuanya merupakan kohortnya,” kata 1MDB seperti dilapor portal berita Malaysiakini, hari ini.

1MDB juga mendakwa mereka memegang jawatan pengurusan kanan utama dalam 1MDB dan melaksanakan keputusan untuk memfasilitasikan penggunaan dana dengan niat penipuan (fraudulent intentions) Jho Low dan Najib.

“Dalam apa jua keadaan, defendan pertama telah menerima dana kepunyaan plaintif-plaintif dalam jumlah yang telah dinyatakan dalam Pernyataan Tuntutan Terpinda apabila dia mengetahui atau patut mengetahui bahawa dana tersebut adalah dimiliki oleh plaintif-plaintif dan ia telah dialihkan kepadanya secara pecah amanah dan/atau pelanggaran tugas fidusiari. Oleh itu, defendan pertama pada setiap masa material adalah pemegang amanah konstruktif bagi plaintif-plaintif,” dakwa syarikat itu lagi.

1MDB dan empat subsidiarinya menjawab pernyataan pembelaan Jho Low bahawa dia tiada kedudukan dari segi perundangan untuk mengawal syarikat itu dan subsidiarinya.

Pernyataan pembelaan itu dibuat terhadap tindakan sivil oleh 1MDB dan empat subsidiarinya berhubung dakwaan manipulasi pihak ketiga yang membawa kepada penyelewengan berbilion ringgit dananya.

1MDB dan empat subsidiarinya – 1MDB Energy Holdings Ltd, 1MDB Energy Ltd, 1MDB Energy (Langat) Ltd dan Global Diversified Investment Company Ltd, dahulu dikenali sebagai 1MDB Global Investments Ltd – memfailkan saman terhadap Jho Low dan keluarganya.

Selain Jho Low, lima lagi defendan adalah ibu dan bapanya, Low Hock Peng and Goh Gaik Ewe; kakanya Low May Lin; adiknya Low Taek Szen; dan individu didakwa sebagai sekutunya Eric Tan Kim Loong.

Menerusi saman itu, 1MDB menuntut arahan agar Low dan defendan lain membayar semula ratusan juta dolar yang didakwa telah diselewengkan.

Ia antara 22 tindakan sivil yang difailkan 1MDB dan bekas subsidiarinya SRC International tahun lalu, menyasarkan pihak yang dikatakan menipu dua entiti itu sama ada secara dalam pengetahuan atau pun tidak.

Najib, yang merupakan bekas menteri kewangan dan penasihat emeritus SRC, merupakan defendan dalam beberapa tindakan sivil tersebut.

Dalam satu lagi perbicaraan jenayah terhadap Najib berhubung 1MDB dan SRC, pasukan pembelaan berhujah yang Najib tidak tahu berkenaan sebarang salah laku yang didalangi Jho Low dan beberapa individu lain.

Dalam jawapan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dua hari lalu, 1MDB turut dilabel sebagai “seluruhnya tidak relevan berkenaan dakwaan Jho Low yang tindakan sivil itu tidak diperlukan (redundant)”, ekoran dakwaan penyelesaian global yang dicapai dalam tindakan sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat terhadapnya.

Dalam pernyataan pembelaannya, Jho Low berkata “penyelesaian global dan menyeluruh” tindakan sivil DOJ dicapai tanpa menemui sebarang “kesalahan, kesilapan, liabiliti dan/atau sebarang bentuk salah laku”.

1MDB pula mendakwa tindakan sivilnya terhadap Jho Low berdasarkan bukti lain yang tidak termasuk dalam dakwaan dalam saman sivil DOJ.

“Oleh itu, pembelaan yang didakwa oleh defendan pertama bahawa dia tidak pernah mengaku liabiliti dalam prosiding yang difailkan oleh DOJ Amerika Syarikat adalah kesemuanya tidak relevan,” kata 1MDB.

Berita berkaitan
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
8 jam lalu· Isu semasa
Bekas pegawai khas kepada bekas MB Johor didakwa palsukan slip gaji
September 27, 2022· Isu semasa
Kes berprofil tinggi juga disiasat SPRM, bukan bilis sahaja
September 27, 2022· Isu semasa
RM2.08 bilion masuk akaun Najib dalam dua bulan, kata saksi
September 26, 2022· Isu semasa
Popular
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Kes Ebit Lew: Saksi minta mangsa buat laporan polis di Sabah
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
4 jam lalu · Isu semasa
SRC, 2 anak syarikat selesai saman terhadap Putrade Property: Laporan
5 jam lalu · Isu semasa
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
6 jam lalu · Isu semasa
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
6 jam lalu · Isu semasa
FAA akan letak semula keselamatan udara kita ke Kategori 1: Laporan
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok