1MDB: Jho Low gelar Najib ‘Optimus Prime’, kata saksi

November 7, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low memberi nama gelaran kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘Optimus Prime’.

Perkara itu disebut bekas pengurus perhubungan Ambank Joanna Yu ketika memberi keterangan dalam perbicaraan rasuah 1MDB berjumlah RM2.28 bilion terhadap Najib, hari ini.

Joanna berkata, Optimus Prime adalah maksud kepada singkatan ‘OP’ dalam transkrip yang didakwa sebagai perbualannya dengan Jho Low.

Dia ketika itu dirujuk dengan dokumen perbualan Blackberry antaranya dan Jho Low berhubung akaun bank peribadi Najib.

“Optimus Prime, Jho Low cakap OP itu Najib,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, hari ini.

Keterangan itu sama seperti yang diberikannya semasa perbicaraan kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta terhadap Najib pada 2019.

Dalam perbualan Blacberry itu, Jho Low memberitahu Joanna bahawa OP mungkin akan menutup akaun.

Joanna memberikan keterangan terhadap Najib yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok