Saya terima elaun 1MDB lebih RM500,000, kata Irwan Serigar

November 14, 2022 · Isu semasa

Bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau menerima RM25,000 sebulan antara 2013 dan 2018 atas peranannya sebagai pengerusi dan Lembaga Penasihat (BOA) 1MDB.

Memetik laporan Malaysiakini, saksi ke-42 dalam perbicaraan kes rasuah 1MDB melibatkan Datuk Seri Najib Razak berjumlah RM2.28 bilion itu juga memberi keterangan beliau menerima dua bayaran elaun sekali gus berjumlah RM521,774 untuk kedua-dua peranan berasingan itu.

“Selepas dilantik sebagai ahli BOA, saya menerima elaun daripada 1MDB sebagai ahli BOA secara konsisten setiap bulan bermula 26 Ogos 2013 hingga 2015 bagi setiap pembayaran RM25,000.

“Sebelum menerima bayaran bulanan, saya menerima bayaran ‘lump sum’ (sekali gus) sebanyak RM221,774.00 melalui cek daripada 1MDB bertarikh Ogos 2013. Saya dimaklumkan bayaran itu tertunda sebagai ahli BOA 1MDB sejak saya memegang KSP (ketua setiausaha perbendaharaan) antara Ogos 2012 hingga Ogos 2013.

“Saya tidak meminta bayaran ini tetapi ia dibuat oleh 1MDB kepada saya melalui cek syarikat 1MDB. Tempoh bayaran elaun ini saya terima adalah dari 2013 hingga 2016 sehingga BOA dibubarkan sendiri oleh PM (Najib) berikutan siasatan daripada PAC (Jawatankuasa Kira-kira Parlimen) terhadap 1MDB.

“Selepas BOA dibubarkan, saya juga menerima elaun sebagai pengerusi 1MDB sebanyak RM25,000 sebulan tetapi pada 2016 bayaran ‘lump sum’ sebanyak RM300,000 telah dibuat. Bayaran elaun juga dibuat melalui cek 1MDB kepada saya,” kata Irwan.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok