199 kes baharu Covid-19 kategori 3-5

Hanya 199 kes atau 0.73 peratus daripada 27,004 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan semalam melibatkan kategori tiga, empat dan lima, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata baki 26,805 kes pula terdiri daripada kategori satu dan dua.

Beliau turut memberikan pecahan kategori berdasarkan jumlah kes baharu semalam iaitu:

  • Kategori 1: 11,163 kes (41.34%);
  • Kategori 2: 15,642 kes (57.92%);
  • Kategori 3: 63 kes (0.23%);
  • Kategori 4: 72 kes (0.27%); dan
  • Kategori 5: 64 kes (0.24%).

Daripada 199 kes kategori 3, 4, dan 5 itu pula:

  • 51 kes (25.63%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 82 kes (41.21%) telah menerima dua (2) dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak;
  • 66 kes (33.17%) telah menerima dos penggalak;
  • 95 kes (47.74%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 105 kes (52.76%) mempunyai komorbid.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan sebanyak 1,669 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, dengan 674 kes atau 40.4 peratus melibatkan kategori tiga hingga lima, manakala 995 kes atau 59.6 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua.

Sementara itu, sebanyak lapan negeri menunjukkan peratusan pengisian katil kes kritikal unit rawatan rapi (ICU) lebih 50 peratus iaitu Perlis (73 peratus), Kuala Lumpur (70 peratus), Putrajaya (67 peratus), Kelantan (63 peratus), Johor (60 peratus), Selangor (56 peratus), Sarawak (52 peratus ) dan Perak (51 peratus).

Dr Noor Hisham berkata nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 negara kini ialah 0.95 dan negeri yang mencatat Rt tertinggi ialah Sarawak dengan 1.13.

Negeri lain yang mencatatkan Rt melebihi 1.0 ialah Kuala Lumpur (1.10), Terengganu dan Negeri Sembilan (1.04), Putrajaya (1.03), Perak dan Johor (1.02) manakala Pulau Pinang, Selangor dan Melaka (1.01).

BERITA BERKAIT
POPULAR