1,977 kes baharu, enam kematian

September 17, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara semalam (Jumaat, 16 September 2022) turun kepada 1,977 kes berbanding 2,375 kes pada Khamis.

Jumlah jangkitan baharu itu turut melibatkan dua kes import, menurut laman sesawang CovidNOW KKM yang dikemas kini pagi tadi.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,815,679 kes, dengan 4,752,216 pesakit telah sembuh, termasuk 2,018 pesakit pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,357 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 395 kes (penerima dua dos); 216 kes (individu tidak divaksinasi); dan sembilan kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 27,158 kes masih aktif, turun sedikit berbanding 27,205 yang dicatat pada Khamis.

Jumlah itu termasuk, 25,912 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah (25,912 pada Khamis); dan lima pesakit ditempatkan di PKRC (lapan pada Khamis).

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital pula turun sedikit kepada 1,178, berbanding 1,232 pesakit pada Khamis, manakala jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi naik kepada 60 orang berbanding 53 pesakit pada Khamis, dengan 41 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 492 (1,469,621);
  • Kuala Lumpur – 405 (432,597);
  • Johor – 61 (393,149);
  • Sabah – 187 (392,752);
  • Sarawak – 115 (314,452);
  • Kedah – 57 (308,891);
  • Pulau Pinang – 100 (296,245);
  • Kelantan – 76 (253,017);
  • Perak – 175 (225,578);
  • Negeri Sembilan – 84 (220,887);
  • Pahang – 47 (177,032);
  • Melaka – 83 (134,458);
  • Terengganu – 40 (129,291);
  • Putrajaya – 36 (27,108);
  • Labuan – 2 (22,225); dan
  • Perlis – 17 (18,376).

KKM juga memaklumkan enam pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk dua kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes brought in death (BID).

Dua kes kematian itu masing-masing dilaporkan di Kedah (BID) serta Perak, manakala masing-masing satu kes di Sabah dan Selangor.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,305 kes, termasuk 7,715 kes brought in death (BID).

Sementara itu, satu kluster baharu Covid-19 melibatkan kumpulan berisiko tinggi dikesan di Perlis, semalam. Kluster Jalan Guar Nangka di Kangar melibatkan sembilan kes dengan 100 peratus kes aktif.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
October 2, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Rugi jika bubar MPN
October 2, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
1 jam lalu · Isu semasa
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
1 jam lalu · Isu semasa
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
7 jam lalu · Isu semasa
Rugi jika bubar MPN
8 jam lalu · Isu semasa
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
8 minit lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok