
Jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi sehingga 10 September 2022 dan pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 10 September 2022) turun lagi kepada 1,971 kes, termasuk tujuh kes import, berbanding 1,990 yang dicatat pada Jumaat.
Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini memaklumkan jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,803,624 kes, dengan 4,740,398 pesakit telah sembuh, termasuk 2,389 pesakit pulih semalam.
Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,389 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 352 kes (penerima dua dos); 217 kes (individu tidak divaksinasi); dan 13 kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).
KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 26,949 kes masih aktif, turun lagi berbanding 27,370 yang dicatat pada Jumaat.
Jumlah itu termasuk, 25,648 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah (26,007 pada Jumaat); dan lapan pesakit ditempatkan di PKRC (sembilan pada Jumaat).
Jumlah pesakit yang dirawat di hospital pula turun sedikit kepada 1,224, berbanding 1,287 pesakit pada Jumaat, manakala 69 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (67 pada Jumaat), dengan 49 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (46 pada Jumaat).
Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:
- Selangor – 590 (1,466,392);
- Kuala Lumpur – 371 (430,225);
- Johor – 73 (392,718);
- Sabah – 160 (391,703);
- Sarawak – 85 (313,821);
- Kedah – 63 (308,422);
- Pulau Pinang – 102 (295,735);
- Kelantan – 45 (252,587);
- Perak – 188 (224,512);
- Negeri Sembilan – 75 (220,325);
- Pahang – 42 (176,706);
- Melaka – 91 (134,001);
- Terengganu – 24 (129,091);
- Putrajaya – 38 (26,882);
- Labuan – 4 (22,198); dan
- Perlis – 20 (18,306).
KKM juga memaklumkan tiga pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Semua kes kematian itu dilaporkan di fasiliti kesihatan.
Kes kematian itu dilaporkan di Melaka, Pahang dan Sarawak.
Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,277 kes, termasuk 7,709 kes pesakit meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).
Sementara itu, KKM juga melaporkan satu kluster baharu dikesan di Perlis, semalam. Kluster Sejahtera Kaki Bukit, Kangar melibatkan kumpulan berisiko tinggi dengan enam individu dijangkiti Covid-19.