1,946 kes semalam, lapan kematian

August 30, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Isnin, 29 Ogos), turun di bawah paras 2,000 kes, terendah dalam tempoh 55 hari lalu.

Menurut data laman sesawang Github KKM yang dikemas kini tengah malam tadi, sebanyak 1,946 jangkitan baharu dilaporkan semalam, turun berbanding 2,191 kes pada Ahad.

Kali terakhir negara mencatat jangkitan harian terendah ialah pada 4 Julai lalu sebanyak 1,918 kes.

Jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,778,140 kes, dengan 4,710,366 pesakit telah sembuh, termasuk 3,271 yang pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,290 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 400 kes (penerima dua dos); 248 (individu tidak divaksinasi); dan lapan kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 31,568 kes masih aktif, turun berbanding 32,901 yang dicatat pada Ahad. Jumlah itu termasuk, 30,163 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (31,527 pada Ahad); dan 18 ditempatkan di PKRC (19 pada Ahad).

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital bagaimanapun menunjukkan sedikit peningkatan kepada 1,312 semalam, berbanding 1,282 pesakit pada Ahad, dan 75 dimasukkan ke unit rawatan rapi (73 pada Ahad), dengan 50 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (48 pada Ahad).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 673 (1,459,331);
  • Kuala Lumpur – 246 (424,942);
  • Johor – 85 (391,833);
  • Sabah – 180 389,453);
  • Sarawak – 53 (312,639);
  • Kedah – 86 (307,543);
  • Pulau Pinang – 72 (294,702);
  • Kelantan – 99 (251,820);
  • Perak – 180 (222,188);
  • Negeri Sembilan – 83 (219,109) ;
  • Pahang – 45 (176,028);
  • Melaka – 84 (132,922);
  • Terengganu – 54 (128,713);
  • Putrajaya – 39 (26,452);
  • Labuan – 0 (22,132); dan
  • Perlis – 7 (18,194).

Sementara itu, KKM juga memaklumkan lapan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Semua kes kematian itu dilaporkan di hospital.

Lapan kes kematian itu masing-masing dilaporkan empat di Johor dan Selangor

Data laman sesawang CovidNOW KKM menunjukkan sejak Mac 2020 hingga semalam, jumlah kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 meningkat kepada 36,20 kes, termasuk 7,694 kes BID.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Najib dapat keistimewaan kerana MOU Anwar dan DAP dengan kerajaan
November 19, 2021
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kes baharu hampiri 7,000, Selangor, KL tertinggi
July 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
12 jam lalu · Isu semasa
2,007 kes semalam, 5 kematian
18 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
18 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
20 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok