1,942 kes semalam, 6 kematian

September 14, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 13 September 2022) masih kekal di bawah paras 2,000 apabila merekodkan 1,942 kes, termasuk sembilan kes import, naik sedikit berbanding 1,847 yang dicatat pada Isnin.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,808,896 kes, dengan 4,746,912 pesakit telah sembuh, termasuk 2,276 pesakit pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,364 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 389 kes (penerima dua dos); 180 kes (individu tidak divaksinasi); dan sembilan kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 25,693 kes masih aktif, turun lagi berbanding 26,033 yang dicatat pada Isnin.

Jumlah itu termasuk, 24,431 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah (24,752 pada Isnin); dan 11 pesakit ditempatkan di PKRC (10 pada Isnin).

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital bagaimanapun turun sedikit kepada 1,189, berbanding 1,204 pesakit pada Isnin, manakala 62 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (67 pada Isnin), dengan 39 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (45 pada Isnin).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 468 (1,467,726);
  • Kuala Lumpur – 389 (431,282);
  • Johor – 82 (392,953);
  • Sabah – 151 (392,116);
  • Sarawak – 145 (314,119);
  • Kedah – 100 (308,664);
  • Pulau Pinang – 68 (295,929);
  • Kelantan – 58 (252,789);
  • Perak – 176 (224,948);
  • Negeri Sembilan – 104 (220,614);
  • Pahang – 50 (176,852);
  • Melaka – 64 (134,180);
  • Terengganu – 40 (129,189);
  • Putrajaya – 32 (26,979);
  • Labuan – 8 (22,215); dan
  • Perlis – 7 (18,341).

KKM juga memaklumkan enam pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, dengan semua kematian dilaporkan di fasiliti kesihatan.

Dua daripada kes kematian itu dilaporkan di Selangor dan masing-masing satu di Melaka, Perak, Sabah dan Sarawak.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,291 kes, termasuk 7,711 kes brought in death (BID).

Sementara itu, KKM juga memaklumkan dua lagi kluster baharu Covid-19 melibatkan tempat kerja dikesan di Kuala Lumpur dan Perak yang melibatkan 18 kes.

Di Kuala Lumpur, KKM mengesan Kluster Persiaran Bukit Kiara 3 membabitkan seramai 11 pesakit, manakala di Perak ialah Kluster Jalan Mahawangsa di Kinta dengan tujun individu disahkan positif Covid-19.

Berita berkaitan
PMX dibenar keluar HKL selepas jalani pembedahan kecil gigi
August 21, 2023· Isu semasa
Individu doa kematian Hadi dan Dr M tiada kaitan dengan saya: Shamsul Iskandar
July 2, 2023· Politik
Kesihatan Presiden PAS semakin pulih, terima kasih kerana mendoakan
July 2, 2023· Politik
Perbicaraan rayuan kes rasuah Isa Samad ditangguh 16 Oktober
June 26, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Mat Sabu cadang premis kerajaan guna beras import bersubsidi
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
20 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
22 minit lalu · Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
20 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
20 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok