1,924 kes baharu, 3 kematian

September 25, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 24 September 2022) turun lagi kepada 1,924 kes, berbanding 2,070 yang dicatat pada Jumaat.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu melanda Malaysia pada Januari 2020 meningkat kepada 4,830,214 kes, dengan 4,768,588 pesakit telah sembuh, termasuk 2,360 pesakit yang pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,353 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 407 kes (penerima dua dos); 161 kes (individu tidak divaksinasi); dan tiga kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

Data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini awal pagi tadi menunjukkan sehingga kini sebanyak 25,278 kes masih aktif, meningkat semula berbanding 25,717 yang dicatat pada Jumaat.

Jumlah itu termasuk, 24,136 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah, turun berbanding 24,528 pesakit pada Jumaat, manakala dua pesakit dirawat di PKRC (seorang pada Jumaat).

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital juga turun kepada 1,089, berbanding 1,134 pesakit pada Jumaat, manakala seramai 51 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (54 pada Jumaat), dengan 28 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (33 pada Jumaat).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 563 (1,473,770);
  • Kuala Lumpur – 466 (435,599);
  • Sabah – 153 (393,995);
  • Johor – 46 (393,522);
  • Sarawak – 76 (315,162);
  • Kedah – 62 (309,444);
  • Pulau Pinang – 98 (296,890);
  • Kelantan – 35 (253,447);
  • Perak – 155 (226,902);
  • Negeri Sembilan – 80 (221,619);
  • Pahang – 49 (177,363);
  • Melaka – 87 (135,015);
  • Terengganu – 23 (129,511);
  • Putrajaya – 22 (27,295);
  • Labuan – 4 (22,254); dan
  • Perlis – 5 (18,426).

Sementara itu, tiga pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes ‘brought in death’ (BID).

Dua daripada kes kematian semalam dilaporkan di Selangor, termasuk satu BID, dan satu lagi di Kedah.

Jumlah baharu itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,348 kes, termasuk 7,731 kes BID.

Berita berkaitan
PMX dibenar keluar HKL selepas jalani pembedahan kecil gigi
August 21, 2023· Isu semasa
Individu doa kematian Hadi dan Dr M tiada kaitan dengan saya: Shamsul Iskandar
July 2, 2023· Politik
Kesihatan Presiden PAS semakin pulih, terima kasih kerana mendoakan
July 2, 2023· Politik
Perbicaraan rayuan kes rasuah Isa Samad ditangguh 16 Oktober
June 26, 2023· Isu semasa
Popular
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
4 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
4 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
5 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
7 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
3 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok