19 syarikat kartel daging kaut untung cecah RM52 juta setahun

April 11, 2021 · Isu semasa

Polis menangkap 36 individu yang terbabit dengan 19 syarikat pengedar sejuk beku yang dikenal pasti ‘berkomplot’ dalam kegiatan kartel daging import, dua hari lalu.

Operasi serentak di enam negeri itu membabitkan tujuh di Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (empat), Selangor (empat), Perak (satu), Pulau Pinang (dua) dan Kedah (satu).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, 19 syarikat itu didapati ‘berkomplot’ dengan sebuah syarikat, yang merupakan pengimport daging sejuk beku yang sah dari Brazil.

“Mengikut permit pengimport, syarikat ini hanya layak untuk mengimport sebanyak 27 tan daging bagi satu permit yang dikeluarkan. Hasil siasatan mendapati syarikat berkenaan hanya menggunakan empat daripada lima permit pengimport yang dikeluarkan, bagi tahun 2020.

“Bagaimanapun, syarikat itu didapati telah mengedarkan lebih daripada 1,000 tan kepada 202 pelanggan, yang dibuktikan melalui invois yang dirampas. Siasatan juga mendapati keuntungan tahunan 19 syarikat ini adalah antara RM1 juta hingga RM52 juta,” kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.

Dalam Op Kartel Daging yang dijalankan, JSJ menahan 26 lelaki dan 10 wanita berusia antara 28 hingga 67 tahun. Daripada jumlah itu, 34 daripadanya adalah pengarah syarikat dan dua lagi adalah pengurus syarikat.

Selain mengimport dari syarikat di Brazil, pengimport itu juga menerima bekalan daripada syarikat tempatan, dan bekalan yang diterima akan dibungkus semula sebelum diedarkan kepada pelanggan.

Katanya, syarikat terbabit juga didapati telah menempah kotak berlogo halal, untuk membungkus semula daging yang diimport dari Brazil, dan yang diterima dari syarikat tempatan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

“Kita dapati syarikat ini banyak menerima tempahan, kerana menawarkan harga yang lebih murah berbanding syarikat pembekal daging halal lain, serta kemudahan pembayaran kredit selama tiga bulan berbanding syarikat lain, yang hanya menerima pembayaran secara ‘Cash on Delivery’ menjadi faktor utama kepada tempahan tinggi diterima syarikat berkenaan.

Katanya, siasatan pihak polis mendapati kegiatan itu telah menyebabkan timbulnya isu keraguan status halal terhadap bekalan daging yang ada di pasaran.

Huzir berkata, kegiatan itu bukan sahaja memberi kesan kepada umat Islam, tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia, di mana daging yang dibungkus semula itu juga tidak dapat disahkan tahap kebersihan dan tidak diperakui oleh pihak veterinar.

Dalam masa sama beliau berkata, polis masih meneruskan usaha memburu dua lelaki yang dipercayai dalang utama kes berkenaan iaitu, Tan Siew Huak berasal dari Ulu Tiram, dekat sini dan Wong Ah Kheong dari Kuantan, Pahang.

Berita berkaitan
Hasil laporan siasatan kartel ayam dibentang pada Isnin
June 23, 2022· Isu semasa
Pelawak lapor polis berhubung pemilihan PKR, dakwa banyak penipuan
June 7, 2022· Politik
Mekanik kerugian RM70,000 diperdaya Macau Scam
June 6, 2022· Isu semasa
Keputusan kes saman Khairuddin ditahan SOSMA pada 24 Ogos
June 2, 2022· Isu semasa
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Keluarga B40 bertambah, MPN gesa usaha pulih ekonomi dipercepat
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
2 jam lalu · Isu semasa
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
8 jam lalu · Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
9 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
10 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok