
Kluster pendidikan, majoriti melibatkan pelajar sekolah, dikesan sejak 1 Januari 2022, susulan pembukaan sesi penggal ketiga persekolahan 2021/2022.
Jumlah kluster pendidikan Covid-19 yang dilaporkan sejak 1 Januari lalu hingga semalam terus meningkat kepada 157 kluster dengan lebih 5,000 jangkitan, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.
Menerusi kemas kini laman sesawang Covidnow tengah malam tadi, sebanyak 19 daripada 23 kluster baharu yang dikesan semalam membabitkan kategori pendidikan yang melibatkan 313 jangkitan di 10 negeri dan Wilayah Persekutuan.
Empat daripada kluster pendidikan itu dikesan di Selangor; diikuti tiga kluster di Melaka; masing-masing dua di Johor, Kelantan, serta Kedah; dan masing-masing satu Pahang, Perak, Sabah, Perlis dan Kuala Lumpur.
Berikut adalah kluster baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam semalam:
Selangor
1. Kluster Jalan Semenyih Kajang (Hulu Langat) – 17 kes
2. Kluster Jalan Ungu (Hulu Langat, Petaling) – 11 kes
3. Kluster Kampung Kuala (Hulu Langat) – 35 kes
4. Kluster Jalan Senangin Satu (Petaling) – 16 kes
Melaka
1. Kluster Jalan Telok Mas (Melaka Tengah) – 24 kes
2. Kluster Jalan Sungai Air Hitam (Melaka Tengah) – 21 kes
3. Kluster Persiaran Paya Lebar (Alor Gajah) – 14 kes
Johor
1. Kluster Kundang Ulu (Tangkak) – enam kes
2. Kluster Sinaran Baru Skudai (Johor Bahru) – sembilan kes
Kelantan
1. Kluster Jalan Cherodok (Machang, Kota Bharu) – 12 kes
2. Kluster Kampung Gemang Lama (Jeli) – 13 kes
Kedah
1. Kluster Dah Bukit Awi (Kulim) – 26 kes
2. Kluster Dah Jalan Weng 2 (Baling) – 30 kes
Pahang
1. Kluster Kuala Tekal (Temerloh) – 19 kes
Perak
1. Kluster Batu Empat Kamunting (Larut, Matang, Selama) – lapan kes
Sabah
1. Kluster Batu 24 Nabalu (Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belut) – 22 kes
Perlis
1. Kluster Jalan Simpang Sanglang (Kangar) – 10 kes
Kuala Lumpur
1. Kluster Jalan Nazrin Shah (Lembah Pantai) – 10 kes
Kluster tempat kerja
Kuala Lumpur
1. Kluster Jalan Sports Digital (Titiwangsa) – lima kes
2. Kluster Jalan Lai Tet Loke 2 (Titiwangsa) – enam kes
Sabah
1. Kluster Persiaran Palma (Papar, Penampang, Tuaran) – 24 kes
Kedah
1. Kluster Dah Ketil Industri Baling 2 (Baling, Kuala Muda) – 88 kes.