19 kematian BID semalam

March 9, 2022 · Isu semasa

Jumlah kematian akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (8 Mac 2022) meningkat kepada 79 pesakit berbanding 77 kes pada Isnin, menurut Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Data laman sesawang kendalian KKM, CovidNOW yang dikemas kini pagi tadi menunjukkan 19 daripada kes berkenaan melibatkan pesakit meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan atau ‘brought in death’ (BID).

Bagaimanapun, tiada maklumat diberikan sama ada kes BID itu turut melibatkan lebih 300,000 individu yang diarah menjalani kuarantin di rumah.

Angka semalam menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak awal 2020 lalu meningkat kepada 33,384 kes, termasuk 6,914 kes BID.

Empat negeri mencatat jumlah kematian harian melebihi 10 kes, dengan Johor merekodkan 16 kes, diikuti masing-masing 13 di Kedah dan Perak; dan 11 kes di Selangor.

Hanya Perlis, Terengganu dan Labuan tidak merekodkan kes kematian akibat Covid-19 semalam.

Johor yang akan berdepan Pilihan Raya Negeri pada 12 Mac ini merekodkan kumulatif kematian sebanyak 4,183 kes, termasuk 550 kes BID.

Sehingga semalam, negeri itu mencatat kumulatif positif sebanyak 336,755, dengan 313,644 pesakit telah sembuh dan 18,928 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 17,570 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 264 ditempatkan di PKRC; 1,059 dimasukkan ke hospital; dan 35 dirawat di unit rawatan rapi dengan 30 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam juga, sejumlah 3,060,331 atau 80.7 peratus populasi di Johor telah lengkap menerima vaksin Covid-19, 3,246,722 atau 85.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 1,994,381 atau 73.0 peratus individu dewasa menerima dos penggalak.

Sementara itu, bagi negeri-negeri lain, lima kematian masing-masing dicatat di Pahang serta Sabah; Kelantan (empat); Melaka (tiga); masing-masing dua di Pulau Pinang, Sarawak, Kuala Lumpur serta Putrajaya; dan satu kes di Negeri Sembilan.

Lima negeri mencatat kumulatif kes kematian melebihi 2,000 dengan Selangor merekodkan 10,271 kes, diikuti Johor (4,183); Sabah (3,039); Kuala Lumpur (2,736); dan Kedah (2,359 kes).

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 8 Mac 2022.

Berita berkaitan
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Strok haba, KKM sahkan satu kematian di Kelantan
April 28, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
11 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
11 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
11 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
12 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
8 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok