19 isu penting dikenal pasti dalam buku Tommy Thomas: Wan Junaidi

August 29, 2022 · Isu semasa

Pasukan petugas khas (PPK) yang dibentuk untuk menyiasat dakwaan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya bertajuk My Story: Justice in the Wilderness, menemui 19 isu utama yang memerlukan “perhatian lanjut” oleh kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata penemuan itu akan dipaparkan dalam laporan akhir untuk dibentangkan di hadapan Kabinet tidak lama lagi.

“Laporan akhir disediakan selepas meneliti pelbagai dokumen dan sesi perundingan bersama pihak berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini (29 Ogos 2022).

“Sebanyak 19 sesi perundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan terdiri daripada agensi kerajaan, bukan kerajaan dan individu telah diadakan manakala pasukan petugas menyediakan laporan dalam tempoh sembilan bulan bermula Disember 2021 hingga Ogos 2022,” katanya lagi.

Wan Junaidi memaklumkan PPK telah membentang dan menyerahkan laporan berkenaan kepada pihaknya dalam mesyuarat diadakan semalam yang turut dihadiri pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan.

Pada 18 April lepas, Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan bersetuju dengan pembentangan Laporan Interim oleh pasukan berkenaan yang dipengerusikan bekas Peguam Besar Negeri Sarawak dan Penasihat Undang-Undang Kerajaan Sarawak Datuk Seri Fong Joo Chung.

Pasukan petugas khas itu terdiri daripada bekas Setiausaha Kerajaan Sabah Datuk Hashim Paijan dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Junaidah Kamaruddin.

Anggota lain pasukan itu ialah bekas hakim dan bekas Peguam Kanan Persekutuan Datuk Jagjit Singh Bant Singh, peguam Datuk Shaharudin Ali dan Balaguru Karupiah, serta wakil dari Pusat Tadbir Urus, Integriti dan Anti Rasuah (GIACC) dan Ketua Pejabat Keselamatan Kerajaan. (CGSO).

Berita berkaitan
Keputusan rayuan Najib singkir peguam Tommy 11 Ogos
July 11, 2023· Isu semasa
Mahkamah benar Najib hadiri prosiding rayuan esok
July 10, 2023· Isu semasa
Dua bekas calon kalah PRU dilantik jadi Senator, Wan Junaidi dilantik Speaker
June 19, 2023· Politik
Wan Junaidi sahkan terima tawaran jawatan Speaker Dewan Negara
June 18, 2023· Politik
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Pemandu bas sekolah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana meliwat
September 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
3 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
4 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
4 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
6 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
2 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok