188 penjawat awam ditahan terlibat kesalahan dadah pada tahun ini: JSJN

May 5, 2023 · Isu semasa

Seramai 188 penjawat awam ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam kenyataan menerusi Facebook memaklumkan daripada jumlah itu, empat daripada mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, menurut laporan Bernama,

Menurut kenyataan itu, penjawat awam berkenaan adalah sebahagian daripada 62,132 individu yang ditahan atas pelbagai kesalahan dadah dan racun dalam tempoh itu selain rampasan pelbagai dadah, daun serta air ketum bernilai RM213 juta.

“JSJN berjaya merampas pelbagai jenis dadah seberat 7,917 kilogram (kg), 1,379 liter pelbagai jenis cecair dadah, 31,856 kg daun ketum dan 21,243 liter air ketum.

“JSJN turut berjaya menumpaskan 118 sindiket yang melibatkan 366 tangkapan individu serta membongkar empat makmal dadah. JSJN turut menahan empat ahli kimia serta menyita pelbagai aset milik sindiket bernilai RM32.8 juta manakala RM2.7 juta nilai harta yang telah dilucuthak,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, JSJN memaklumkan seramai 2,669 penagih dadah tegar yang mempunyai rekod kesalahan dadah berulang telah dituduh mengikut Seksyen 39C ADB 1952 dengan seramai 1,533 daripadanya disabitkan kesalahan dalam tempoh berkenaan.

JSJN juga memberitahu dalam tempoh berkenaan, sebanyak 25,331 kertas siasatan dibuka dengan 22,753 daripadanya berjaya dituduh di mahkamah.

Berita berkaitan
PMX ajak golongan pekerja perangi rasuah
May 1, 2023· Isu semasa
PDRM nafi akaun TikTok milik Ayob Khan
March 29, 2023· Isu semasa
Skim gaji penjawat diutamakan bila pendapat negara meningkat, kata PMX
March 6, 2023· Isu semasa
SKMM buka kertas siasatan terhadap saluran TV buat laporan palsu
February 21, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
June 2, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
52 minit lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
7 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok