1,873 kes baharu, 3 kematian

October 19, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 18 Oktober 2022), meningkat semula kepada 1,873 kes berbanding 1,210 kes pada Isnin.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,870,275 kes, dengan 4,810,424 pesakit telah sembuh, termasuk 1,515 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 1,382 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 323 kes (penerima dua dos); 162 kes (individu tidak divaksinasi); dan enam kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu data laman sesawang KKMNOW pula menunjukkan sehingga kini 23,425 kes masih aktif, meningkat berbanding 23,070 kes yang dilaporkan sehingga Isnin.

Daripada jumlah itu, 22,360 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (22,002 pesakit pada Isnin); 1,022 dirawat di hospital turun tiga kes berbanding 1,025 pada Isnin.

Seramai 43 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (kekal seperti Isnin), dengan 12 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (19 pada Isnin).

Tiada pesakit yang kini ditempatkan untuk menerima rawatan di PKRC.

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 699 (1,486,949);
  • Kuala Lumpur – 412 (443,928);
  • Sabah – 133 (397,126);
  • Johor – 61 (394,656);
  • Sarawak – 72 (316,719);
  • Kedah – 75 (310,864);
  • Pulau Pinang – 60 (298,785);
  • Kelantan – 49 (254,457);
  • Perak – 101 (230,121);
  • Negeri Sembilan – 79 (223,644);
  • Pahang – 29 (178,065);
  • Melaka – 45 (136,235);
  • Terengganu – 25 (129,978);
  • Putrajaya – 26 (27,924);
  • Labuan – 0 (22,298);
  • Perlis – 7 (18,526).

Sementara itu, tiga pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Tiada kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Dua kematian dilaporkan di Johor, manakala satu di Sabah.

Untuk rekod, Malaysia kali pertama mencatatkan kes kematian akibat Covid-19 ialah pada 17 Mac 2020 dan sehingga kini jumlah angka korban adalah sebanyak 36,426 kes.

Daripada jumlah yang dilaporkan itu, sebanyak 7,748 kes adalah kematian BID.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Malaysia berdaya saing jadi negara ekonomi digital
January 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok