1,867 kes baharu, 4 kematian

September 30, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara semalam, (Khamis, 29 September 2022) turun kepada 1,867 kes berbanding 2,445 yang dicatat pada Rabu.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu melanda Malaysia pada Januari 2020 meningkat kepada 4,838,872 kes, dengan 4,777,329 pesakit telah sembuh, termasuk 1,402 pesakit yang pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,290 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 372 kes (penerima dua dos); 195 kes (individu tidak divaksinasi); dan 10 kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

Data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini pagi tadi menunjukkan sehingga kini sebanyak 25,174 kes masih aktif, meningkat semula berbanding 24,713 yang dicatat pada Rabu.

Jumlah itu termasuk, 23,071 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah, meningkat berbanding 23,567 pesakit pada Rabu. Semalam adalah hari ketiga berturut-turut tiada pesakit Covid-19 yang dirawat di PKRC.

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital pula turun semula kepada 1,060, berbanding 1,105 pesakit pada Rabu, manakala seramai 43 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (41 pada Rabu), dengan 24 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (22 pada Rabu).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 470 (1,476,311);
  • Kuala Lumpur – 451 (437,429);
  • Sabah – 159 (394,754);
  • Johor – 56 (393,802);
  • Sarawak – 77 (315,516);
  • Kedah – 52 (309,770);
  • Pulau Pinang – 104 (297,281);
  • Kelantan – 55 (253,722);
  • Perak – 183 (227,639);
  • Negeri Sembilan – 79 (222,054);
  • Pahang – 29 (177,522);
  • Melaka – 82 (135,308);
  • Terengganu – 29 (129,642);
  • Putrajaya – 23 (27,403);
  • Labuan – 3 (22,265); dan
  • Perlis – 4 (18,454).

Sementara itu, empat pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di fasiliti kesihatan, semalam.

Dua kes kematian direkodkan di Sabah, manakala masing-masing satu di Pahang dan Sarawak.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,369 kes, termasuk 7,732 kes pesakit meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Zahid ulang lagi kata lantikan PM terserah kepada budi bicara Agong
November 15, 2022· Politik
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
14 jam lalu · Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
16 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
16 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
22 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok