186 lagi kes Omicron dikesan

January 18, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 186 jangkitan baharu Covid-19 membabitkan varian Omicron dikesan dalam tempoh empat hari bermula 14 Januari hingga hari ini (18 Januari 2022).

Daripada jumlah itu, 46 kes dikesan oleh Integrative Pharmacogenomics Institute, Universiti Teknologi Mara; The Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre, Universiti Malaya (43 kes); Malaysia Genome and Vaccine Institute (43 kes); Institut Penyelidikan Perubatan (28 kes); dan Universiti Malaysia Sarawak (26 kes).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 6,432 kes.

Menurutnya, daripada jumlah yang dikesan tersebut, 6,412 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 5,726 kes varian Delta; Omicron (439 kes); Beta (233 kes); dan Alpha (14 kes).

Manakala bagi kes-kes VOI pula terdapat 13 kes varian Theta; Kappa (empat); dan Eta (tiga kes).

Bagi VOC, Selangor merekodkan 41 kes diikuti Sarawak (26); Johor (20); Kuala Lumpur (17); Perak (16); Negeri Sembilan (12); Kelantan (sembilan); Pahang (sembilan); Kedah (lapan); Terengganu (tujuh); masing-masing lima di Melaka, Sabah, dan Pulau Pinang; Labuan (empat); dan masing-masing satu di Putrajaya, serta Perlis.

Keseluruhannya bagi VOC dan VOI, Sarawak merekodkan 2,620 kes diikuti Selangor (843); Johor (408); Pulau Pinang (399); Sabah (308); Perak (276); Kuala Lumpur (268); dan Negeri Sembilan (262 kes).

Kelantan pula merekodkan 239 kes diikuti Pahang (238); Kedah (186); Melaka (159); Terengganu (108); Perlis (48); Labuan (47); dan Putrajaya (23 kes).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok