
Sehingga semalam (7 Februari 2023) hanya tinggal empat pesakit Covid-19 menerima rawatan di unit rawatan rapi.
Jumlah jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 7 Februari 2023) meningkat sedikit kepada 184 kes, termasuk tiga kes import, berbanding 175 yang dilaporkan pada Isnin, tetapi rendah daripada 211 yang dicatat pada Ahad.
Kes baharu itu, termasuk 12 jangkitan yang melibatkan kanak-kanak iaitu tujuh kes berusia 0 hingga empat tahun, dan lima lagi kes (lima hingga 12 tahun), menurut data laman sesawang Github Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.
Jumlah itu menjadikan kumulatif jangkitan sejak kes pertama Covid-19 dilaporkan di Malaysia pada 25 Januari 2020 sebanyak 5,038,354 kes, dengan 4,991,426 pesakit telah pulih, termasuk 253 yang sembuh semalam.
Daripada jumlah jangkitan semalam juga, 135 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin penggalak; 26 kes (individu lengkap vaksinasi); satu kes (individu belum lengkap vaksinasi); dan 22 kes (individu tidak divaksinasi).
Menurut data laman sesawang KKMNow yang dikemas kini tengah malam tadi, sebanyak 9,981 kes masih aktif, turun berbanding 10,053 yang dilaporkan pada Isnin.
Sehingga semalam juga seramai 9,621 pesakit Covid-19 masih menjalani kuarantin di rumah (9,659 pada Isnin), sementara 357 pesakit mendapatkan rawatan di hospital (388 pada Isnin).
Empat pesakit pula dimasukkan ke unit rawatan rapi, berbanding enam pada Isnin, dengan semuanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
KKM juga melaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, dua pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di Johor.
Ini menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak 17 Mac 2020 hingga semalam, adalah sebanyak 36,946 kes, termasuk 7,871 pesakit meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death (BID.
Berikut adalah jangkitan harian dan kumulatif kes bagi setiap negeri dan Wilayah Persekutuan sejak 25 Januari 2020 hingga semalam.
- Selangor – 52 (1,548,973);
- Kuala Lumpur – 41 (468,528);
- Sabah – 8 (406,838);
- Johor – 6 (398,312);
- Sarawak – 9 (324,415);
- Kedah – 7 (318,611);
- Pulau Pinang – 3 (307,544);
- Kelantan – 5 (260,078);
- Perak – 5 (239,006);
- Negeri Sembilan – 7 (230,990);
- Pahang – 4 (182,656);
- Melaka – 28 (145,020);
- Terengganu – 3 (132,966);
- Putrajaya – 6 (32,466);
- Labuan – 0 (22,955); dan
- Perlis – 0 (18,996).