182 staf KKM dijangkiti Covid-19 selepas selesai vaksinasi

April 17, 2021 · Isu semasa

Seramai 182 kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang sudah disuntik vaksin pencegah Covid-19, termasuk yang menerima dua dos suntikan, dikesan dijangkiti Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, sembilan kes dijangkiti dalam tempoh lebih dua minggu selepas dos kedua dan 31 kes lagi dijangkiti kurang daripada dua minggu.

“Seramai 142 kakitangan kesihatan pula dijangkiti selepas dos pertama, namun mereka yang dijangkiti itu mempunyai gejala kurang teruk,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau, hari ini.

Katanya, daripada 426 kakitangan kesihatan yang diberi vaksin, 244 atau 57 peratus tidak dikesan dijangkiti Covid-19 selepas selesai program vaksinasi.

Sehubungan itu Noor Hisham mengingatkan mereka yang sudah menyelesaikan program vaksinasi tidak boleh mengambil ringan semua langkah kesihatan awam dan SOP.

Beliau berkata, ia jelas menunjukkan langkah kesihatan awam termasuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP) masih perlu dilaksanakan kerana Covid-19 masih boleh dijangkiti walaupun selepas mengambil suntikan, namun dengan gejala kurang serius.

“Meskipun vaksin memberikan sinar untuk kita melawan Covid-19, namun jangan kita membuat kesilapan dengan mengambil mudah langkah berjaga-jaga,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
KKM beri penjelasan berhubung pembelian 500 unit ambulans
June 22, 2021
RM86.7 bilion dibelanja pada suku pertama: Kementerian Kewangan
July 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
10 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
10 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok