1,809 kes semalam, dua kematian

June 2, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 1,809 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 1 Jun 2022).

Ia meningkat 358 kes berbanding 1,451 jangkitan positif yang dilaporkan pada Selasa.

Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,508,319 kes – ketiga tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN selepas Vietnam dan Indonesia.

Dalam tempoh itu juga seramai 4,449,593 pesakit telah pulih, termasuk 1,911 yang sembuh semalam, manakala 23,048 kes lagi masih aktif.

Seramai 22,052 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 25 ditempatkan di PKRC; 945 dimasukkan ke hospital; dan 26 dirawat di unit rawatan rapi dengan 16 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,253 kes melibatkan individu yang telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19; 382 kes (penerima dua dos); 143 kes (tidak menerima vaksinasi); dan 31 kes (menerima satu dos).

Selangor kekal mencatat jangkitan tertinggi dengan 763 kes, menjadikan kumulatif positif sebanyak 1,366,929 kes, dengan 1,348,421 pesakit telah sembuh.

Berikut adalah pecahan kes baharu mengikut negeri semalam dan jumlah kumulatif positif sejak 2020:

  • Selangor – 763 (1,366,926);
  • Johor – 33 (384,380);
  • Sabah – 28 (372,122);
  • Kuala Lumpur – 386 (357,728);
  • Sarawak – 23 (306,658);
  • Kedah – 36 (300,413);
  • Pulau Pinang – 113 (281,451);
  • Kelantan – 7 (247,873);
  • Negeri Sembilan – 140 (205,004);
  • Perak – 151 (203,863);
  • Pahang – 13 (171,717);
  • Terengganu – 7 (126,245);
  • Melaka – 64 (124,424);
  • Labuan – 1 (21,420);
  • Putrajaya – 39 (20,663); dan
  • Perlis – 5 (17,432).

Sementara itu, KKM juga memaklumkan dua lagi pesakit meninggal dunia semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Ini menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 35,678 kes, termasuk 7,559 kes BID.

Kes kematian itu masing-masing dilaporkan di Johor dan Melaka.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Annuar perjelas punca harga barang naik
2 jam lalu · Isu semasa
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
2 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
2 jam lalu · Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
2 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
4 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok