18 penerima dos penggalak antara pesakit Covid meninggal semalam

Seramai 65 lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam pada Rabu (23 Mac 2022), turun berbanding 73 kes yang dilaporkan pada Selasa, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Kes kematian baharu itu termasuk, 26 pesakit tidak divaksinasi, lengkap vaksinasi (20 kes), penerima dos penggalak (18 kes), dan tidak lengkap vaksinasi (satu kes).

Jumlah itu menjadikan keseluruhan kematian sejak dua pesakit pertama meninggal dunia akibat Covid-19 pada 17 Mac 2020 lalu, meningkat kepada 34,600 kes, termasuk 6,284 kes BID.

Menurut data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini jam 9 pagi tadi, kes kematian semalam, turut melibatkan 15 pesakit yang meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan sebelum dibawa ke hospital atau dikategorikan sebagai kes ‘brought in death’ (BID).

Namun, tiada maklumat diberikan sama ada kes BID itu turut melibatkan kalangan individu yang diarah menjalani kuarantin di rumah kerana positif Covid-19 pada tahap rendah dan dianggap tidak memerlukan rawatan intensif.

Statistik menunjukkan, Selangor mencatat jumlah kematian tertinggi berbanding negeri-negeri lain, apabila merekodkan 12 kematian, termasuk membabitkan lima individu tidak divaksinasi, lengkap vaksinasi (lima) dan dua kes telah menerima dos penggalak.

Negeri itu kini mencatat 10,469 kes kematian sejak awal 2020 lalu, sementara kumulatif positif sebanyak 1,118,544 kes.

Selangor turut mencatat 77,444 kes aktif, termasuk 75,812 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 290 ditempatkan di PKRC; 1,293 dimasukkan ke hospital; dan 49 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 25 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, 4,807,243 atau 95.0 peratus daripada populasi di negeri itu telah lengkap divaksinasi, 5,116,544 atau 100.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 3,918,618 atau 92.1 peratus individu dewasa menerima dos penggalak.

Kes kematian akibat Covid-19 di negeri-negeri lain semalam turut membabitkan:

  • Perak – 11 kes (termasuk enam lengkap divaksinasi, tiga penerima dos penggalak);
  • Johor – 10 (termasuk empat lengkap divaksinasi, satu penerima dos penggalak) ;
  • Pahang – 5 (termasuk tiga lengkap divaksinasi, satu penerima dos penggalak);
  • Melaka – 5 (termasuk dua penerima dos penggalak);
  • Kedah – 4 (termasuk satu penerima dos penggalak);
  • Kuala Lumpur – 3 (termasuk dua penerima dos penggalak);
  • Negeri Sembilan – 3 (termasuk satu lengkap divaksinasi, satu penerima dos penggalak);
  • Sabah – 3 (termasuk satu lengkap divaksinasi);
  • Sarawak – 3 (tiga penerima dos penggalak);
  • Pulau Pinang – 2; (masing-masing tidak divaksin, vaksin belum lengkap);
  • Terengganu – 1 (penerima dos penggalak);
  • Kelantan – 1 (BID – tidak divaksin);
  • Perlis – 1 (tidak divaksin); dan
  • Labuan – 1 (penerima dos penggalak).

Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Putrajaya semalam.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 23 Mac 2022.

BERITA BERKAIT
POPULAR