1,788 kes baharu, 3 kematian

October 8, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 7 Oktober 2022) meningkat kepada 1,788 kes, termasuk enam kes import, berbanding 1,794 pada Khamis, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,851,896 kes, dengan 4,791,625 pesakit telah sembuh, termasuk 1,509 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 1,264 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 334 kes (penerima dua dos); 179 kes (individu tidak divaksinasi); dan 11 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu data laman sesawang CovidNOW KKM pula menunjukkan sehingga kini 23,877 kes masih aktif, meningkat berbanding 23,601 kes yang dilaporkan sehingga Khamis.

Daripada jumlah itu, 22,859 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 980 dirawat di hospital dan 38 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), dengan 24 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tiada pesakit yang kini ditempatkan untuk menerima rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

Selangor – 621 (1,480,550)
W.P. KL – 329 (440,042)
Sabah – 138 (395,787)
Johor – 33 (394,108)
Sarawak – 72 (316,071)
Kedah – 48 (310,233)
Pulau Pinang – 94 (297,965)
Kelantan – 33 (254,038)
Perak – 161 (228,742)
Negeri Sembilan – 135 (222,721)
Pahang – 26 (177,744)
Melaka – 51 (135,729)
Terengganu – 13 (129,777)
W.P. Putrajaya – 24 (27,614)
W.P. Labuan – 4 (22,282)
Perlis – 6 (18,493)

Sementara itu KKM juga melaporkan tiga kematian akibat komplikasi Covid-19 semalam. Tiada kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes ‘brought in death’ (BID).

Dua daripada kes kematian itu dilaporkan di Perak dan satu di Pahang. Jumlah itu menjadikan sejak Mac 2020 hingga semalam, seramai 36,394 pesakit Covid-19 telah meninggal dunia, termasuk 7,739 kes BID.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024
Datuk, rakan naik helikopter KL-Segamat untuk nikmati durian
June 28, 2022
Risiko beli sekarang, bayar kemudian
August 22, 2022
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024 · Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024 · Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024 · Isu semasa
Gangguan bekalan air bermula esok di Pulau Pinang
January 9, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok