1,749 kes baharu, enam kematian

November 15, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Isnin, 14 November 2022) terus mencatat penurunan daripada 2,234 kes pada Ahad kepada 1,749, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,950,566 kes, dengan 4,885,228 pesakit telah sembuh, termasuk 2,564 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,183 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 392 kes (penerima dua dos); 164 kes (individu tidak divaksinasi); dan 10 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW juga menunjukkan sehingga kini 28,784 kes masih aktif, turun lagi berbanding 29,605 yang dilaporkan sehingga Ahad.

Daripada jumlah itu, 26,829 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (27,666 pesakit pada Ahad); dan 1,866 dirawat di hospital, meningkat berbanding 1,848 pada Ahad.

Seramai 89 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (91 pada Ahad), dengan 54 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (57 pada Ahad).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 538 (1,517,604)
  • Kuala Lumpur – 224 (459,686)
  • Sabah – 133 (401,819)
  • Johor – 68 (396,195)
  • Sarawak – 56 (318,589)
  • Kedah – 121 (313,450)
  • Pulau Pinang – 70 (302,613)
  • Kelantan – 53 (256,678)
  • Perak – 70 (235,233)
  • Negeri Sembilan – 78 (227,816)
  • Pahang – 67 (179,802)
  • Melaka – 86 (139,242)
  • Terengganu – 56 (130,918)
  • Putrajaya – 115 (29,783)
  • Labuan – 9 (22,454)
  • Perlis – 5 (18,684)

Sementara itu, enam pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID) dilaporkan.

Dua kematian masing-masing dilaporkan di Johor, termasuk satu kes BID dan Selangor, manakala masing-masing satu kes di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 yang dilaporkan mulai 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,534 kes, termasuk 7,774 kes BID.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
1,576 kes baharu, tiga kematian
December 6, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1,576 kes baharu, tiga kematian
2 jam lalu · Isu semasa
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
12 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
17 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022 · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
4 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok