174,548 pesakit Covid-19 jalani kuarantin di rumah

Selangor kembali merekodkan jumlah peningkatan kes kematian apabila seramai 148 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam, berbanding 146 kes yang dilaporkan pada Sabtu, menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menerusi laman web COVIDNOW yang dikemas kini hari ini, dalam tempoh itu 376 pesakit meninggal dunia di seluruh negara menjadikan kumulatif 23,443 kematian sejak awal tahun lalu.

Angka kematian semalam meningkat 52 kes berbanding 324 pesakit yang dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Menurut KKM, daripada jumlah pesakit yang meninggal dunia semalam 75 membabitkan kes brought in death (BID) atau meninggal di luar hospital, menjadikan keseluruhan kes BID setakat ini ialah 4,472 kes.

Selain Selangor, lapan negeri lagi merekodkan peningkatan kes kematian semalam.

Sabah mencatatkan 35 kematian semalam berbanding 13 pada Sabtu; Kelantan (32 Ahad, 12 Sabtu); Pulau Pinang (29 Ahad, 0 Sabtu); Kedah (25 Ahad, 24 Sabtu); Sarawak (23 Ahad, 11 Sabtu); Kuala Lumpur (14 Ahad, 7 Sabtu); Terengganu (7 Ahad, 0 Sabtu); dan Pahang (6 Ahad, 5 Sabtu).

Kes aktif

Sementara itu, KKM memaklumkan kes aktif juga semakin turun apabila sehingga semalam 210,468 kes dilaporkan, berbanding 219,359 kes yang dicatatkan kelmarin.

Daripada jumlah kes aktif itu, 174,548 pesakit menjalani kuarantin di rumah berbanding 182,857 pada Sabtu, 23,452 dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (23,998 pada Sabtu), hospital (11,277 Ahad, 11,339 Sabtu), dan 1,191 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 662 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada jumlah pesakit aktif yang dirawat di hospital, 2,091 kes dilaporkan di Johor; Kedah (745); Kelantan (925); Melaka (354); Negeri Sembilan (281); Pahang (511); Pulau Pinang (750); Perak (858); Perlis (167); Sabah (1,235); Sarawak (1,005); Selangor (1,553); Terengganu (350); Kuala Lumpur (472); Labuan (lapan); dan Putrajaya (72).

Dalam tempoh 24 jam semalam, KKM melaporkan 14,943 jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 2,093,131 kes.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)

Menurut data KKM sehingga semalam lebih 40.37 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan di seluruh negara membabitkan 67.4 peratus atau 22,001,266 individu yang menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 56.5 peratus atau 18,453,322 individu dewasa lagi melengkapkan suntikan masing-masing, termasuk vaksin dos tunggal.

Semalam sahaja, sebanyak 219,081 dos vaksin diberikan membabitkan 60,773 penerima dos pertama dan 158,308 lagi penerima melengkapkan suntikan masing-masing

BERITA BERKAIT
POPULAR