[KEMAS KINI] 17,450 pesakit Covid-19 sembuh dalam tempoh 24 jam

August 16, 2021 · Isu semasa

Seramai 274 pesakit Covid-19, termasuk 63 membabitkan bukan warganegara Malaysia, meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan kumulatif sebanyak 12,784 kes.

Daripada jumlah kematian hari ini, seramai 77 individu disahkan meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital (BID) dan kemudian disahkan dijangkiti Covid-19.

Mengikut rekod Kementerian Kesihatan (KKM), lima negeri mencatatkan peningkatan kes kematian iaitu Sabah, Melaka, Kelantan, Kedah dan Terengganu, sementara Selangor dan Kuala Lumpur kekal merekodkan jumlah tertinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam juga seramai 17,450 pesakit disahkan sembuh menjadikan keseluruhan kes sembuh ialah 1,162,578 kes berbanding jumlah keseluruhan kes positif sejak awal tahun lalu sebanyak 1,424,639 kes.

“Sebanyak 249,277 kes masih aktif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sehingga kini 1,047 pesakit Covid-19 masih dirawat di unit rawatan rapi dengan 520 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Terdahulu beliau memaklumkan 19,740 jangkitan baharu Covid-19, termasuk 3,830 individu bukan rakyat Malaysia.

Daripada jumlah kes hari ini sebanyak 298 kes atau 1.5 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5, manakala sebanyak 19,442 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Secara keseluruhan, 16,805 kes atau 85.1 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya lagi.

Mengenai kadar kebolehjangkitan pula, beliau berkata, berdasarkan data terkini pada 15 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.05.

Katanya, Perlis kekal merekodkan nilai RT tertinggi sebanyak 1.29, diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.19), dan Sabah ( nilai RT 1.16), manakala semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan 35 kluster baharu dikesan hari ini menjadikan keseluruhan sebanyak 4,218 kluster dengan 2,879 telah ditamatkan dan 1,339 masih aktif.

Berdasarkan data KKM, 21 daripada kluster berkenaan membabitkan jangkitan di tempat kerja, Komuniti (11), dua kumpulan berisiko tinggi di Kuala Lumpur dan Kelantan, serta satu kluster pendidikan tinggi di Selangor.

Daripada kluster tempat kerja itu, tujuh dilaporkan di Selangor membabitkan seramai 196 individu; lima kluster di Johor (179 individu); Kelantan (dua kluster); dan masing-masing satu kluster di Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak.

Sementara itu Kelantan merekodkan 10 kluster komuniti dan satu di Perak.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
October 6, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
12 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
12 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
13 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
13 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
14 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok