1,743 kes semalam, 5 kematian

October 26, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 25 Oktober 2022) meningkat sedikit kepada 1,743 kes, berbanding 1,737 yang dicatat pada Isnin, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Daripada jumlah itu, 1,742 adalah kes tempatan, manakala satu sahaja kes import.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,885,539 kes, dengan 4,822,290 pesakit telah sembuh, termasuk 1,935 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 1,271 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 328 kes (penerima dua dos); 135 kes (individu tidak divaksinasi); dan sembilan kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW juga menunjukkan sehingga kini 26,797 kes masih aktif, turun berbanding 26,994 kes yang dilaporkan sehingga Isnin.

Daripada jumlah itu, 25,620 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (25,900 pesakit pada Isnin); 1,133 dirawat di hospital, meningkat berbanding 1,042 pada Isnin.

Seramai 54 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (52 pada Isnin), dengan 23 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (19 Isnin).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 621 (1,492,682)
  • Kuala Lumpur – 452 (447,613)
  • Sabah – 115 (397,953)
  • Johor – 49 (394,977)
  • Sarawak – 37 (317,105)
  • Kedah – 38 (311,273)
  • Pulau Pinang – 59 (299,488)
  • Kelantan – 40 (254,766)
  • Perak – 110 (231,150)
  • Negeri Sembilan – 119 (224,451)
  • Pahang – 18 (178,314)
  • Melaka – 32 (136,629)
  • Terengganu – 17 (130,123)
  • Putrajaya – 29 (28,134)
  • Labuan – 3 (22,309)
  • Perlis – 4 (18,572)

Sementara itu, KKM juga memaklumkan lima pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Tiga daripada kes kematian itu direkodkan di Johor, manakala dua kes lagi di Selangor, termasuk satu kes BID.

Rekod itu menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia sejak kes pertama dilaporkan pada 17 Mac 2020 lalu hingga semalam meningkat kepada 36,452 kes.

Jumlah itu, termasuk 7,755 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
December 6, 2022· Isu semasa
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
5 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
7 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
15 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
17 jam lalu · Isu semasa
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok