1,737 kes baharu, tiga kematian

October 25, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Isnin, 24 Oktober 2022) turun kepada 1,737 kes berbanding 2,054 yang dicatat pada Ahad, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Daripada jumlah itu, 1,736 adalah kes tempatan, manakala satu sahaja kes import.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,883,796 kes, dengan4,820,355 pesakit telah sembuh, termasuk 2,118 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 1,311 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 281 kes (penerima dua dos); 136 kes (individu tidak divaksinasi); dan sembilan kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW juga menunjukkan sehingga kini 26,994 kes masih aktif, turun berbanding 27,378 kes yang dilaporkan sehingga Ahad.

Daripada jumlah itu, 25,900 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (26,275 pesakit pada Ahad); 1,042 dirawat di hospital, turun berbanding 1,060 pada Ahad.

Seramai 52 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (43 pada Ahad), dengan 19 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (16 Ahad).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 680 (1,492,061)
  • Kuala Lumpur – 341 (447,161)
  • Sabah – 117 (397,838)
  • Johor – 46 (394,928)
  • Sarawak – 29 (317,068)
  • Kedah – 49 (311,235)
  • Pulau Pinang – 105 (299,429)
  • Kelantan – 43 (254,726)
  • Perak – 94 (231,040)
  • Negeri Sembilan – 128 (224,332)
  • Pahang – 27 (178,296)
  • Melaka – 40 (136,597)
  • Terengganu – 11 (130,106)
  • Putrajaya – 19 (28,105)
  • Labuan – 1 (22,306)
  • Perlis – 7 (18,568)

Sementara itu, KKM juga memaklumkan tiga pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Dua daripada kes kematian itu direkodkan di Selangor, manakala satu kes BID di Melaka.

Rekod itu menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia sejak kes pertama dilaporkan pada 17 Mac 2020 lalu hingga semalam kekal pada 36,447 kes, termasuk 7,754 kes BID.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
14 jam lalu · Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
16 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
16 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
22 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok