173 pesakit Covid-19 ambil ubat antiviral Paxlovid telah sembuh

May 12, 2022 · Isu semasa

Seramai 173 pesakit Covid-19 yang diberikan ubat antiviral Paxlovid telah sembuh sepenuhnya dan tiada sebarang kesan sampingan dilaporkan hingga 9 Mei lepas, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata penggunaan ubat antiviral itu bagi merawat pesakit Covid-19 telah dimulakan sejak 15 April lepas di 512 Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di klinik kesihatan dan 78 hospital kerajaan.

“Setakat ini, keutamaan pemberian rawatan Paxlovid adalah kepada kumpulan pesakit Covid-19 berisiko tinggi yang mengalami gejala ringan hingga sederhana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara kriteria pesakit Covid-19 yang diberi keutamaan menerima rawatan Paxlovid ialah:

  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Jangkitan Covid-19 kategori 2 dan 3;
  • Tidak memerlukan terapi oksigen; dan
  • Golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk seperti pesakit diabetes, darah tinggi, buah pinggang, asma dan paru-paru kronik, jantung dan kanser.

Khairy berkata pesakit Covid-19 dalam kumpulan itu boleh hadir ke CAC di klinik kesihatan dan hospital kerajaan terpilih untuk dinilai kesesuaian sebelum boleh dimulakan rawatan dengan Paxlovid.

“Ubat ini perlu dimulakan segera dalam tempoh lima hari sejak mula bergejala untuk keberkesanan yang optimum bagi mengurangkan risiko komplikasi jangkitan yang lebih teruk,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata pemberian dos penggalak kedua secara sukarela ke atas individu berumur 60 tahun dan ke atas kini boleh dilakukan dalam tempoh empat hingga enam bulan selepas suntikan dos pertama.

Beliau berkata syor pemberian dos penggalak kedua turut terpakai ke atas individu dewasa berumur 18 hingga 59 tahun yang mempunyai risiko klinikal penyakit teruk (seperti penyakit kronik jantung, paru-paru, buah pinggang, hati dan lain-lain) selepas berbincang dengan pengamal perubatan berdaftar.

“KKM juga ingin memaklumkan bahawa pengambilan vaksin dos penggalak kedua ini adalah secara sukarela,” katanya.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun dengan risiko klinikal penyakit teruk pula, beliau berkata mereka boleh ditawarkan dos penggalak pertama dalam tempoh empat hingga enam bulan selepas menerima suntikan dos primer dan juga berbincang dengan pengamal perubatan berdaftar. – Bernama

Berita berkaitan
100 hari: KJ cuma bagi markah B- untuk kerajaan Anwar
March 7, 2023· Isu semasa
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Pengenalan cukai vape antara tumpuan dalam pembentangan Bajet 2023
February 22, 2023· Isu semasa
Khairy dipilih jadi Naib Presiden baharu PKBM, menang pemilihan
February 18, 2023· Isu semasa
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
9 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
9 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
14 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
15 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok