17 kematian semalam, terendah sejak lebih tujuh bulan lalu

December 4, 2021 · Isu semasa

Seramai 17 pesakit di 10 negeri meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam – jumlah kematian harian terendah sejak kira-kira tujuh bulan lalu.

Berdasarkan data terdahulu, jumlah kematian harian terendah pernah direkodkan sebelum ini ialah sebanyak 24 kes pada 21 November lalu.

Sejak wabak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu hingga semalam sebanyak 30,538 pesakit meninggal dunia, termasuk 6,181 kes yang belum sempat dibawa ke hospital (BID).

Daripada jumlah keseluruhan kematian itu, 67.7 peratus membabitkan pesakit Covid-19 yang tidak divaksinasi; belum lengkap vaksinasi (24.5 peratus); dan lengkap vaksinasi (7.8 peratus).

Sebanyak 80.1 peratus kematian pula membabitkan warganegara, manakala 19.9 peratus rakyat asing. Kematian membabitkan golongan lelaki adalah sebanyak 59.0 peratus, dan wanita (41.0 peratus).

Jumlah kematian harian tertinggi semalam hanya sebanyak tiga kes yang direkodkan di Selangor, menjadikan kumulatif di negeri itu naik sedikit kepada 9,811 kes.

Bagaimanapun, jumlah kes aktif di Selangor meningkat kepada 18,303 kes berbanding 18,291 kes pada Khamis.

Daripada jumlah kes aktif itu, 16,065 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,137 ditempatkan di PKRC; 1,017 dimasukkan ke hospital; dan 84 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 56 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi negeri-negeri lain, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan Negeri Sembilan, Perlis, Sabah, Terengganu dan Kuala Lumpur masing-masing mencatat dua kes kematian; diikuti masing-masing satu di Johor, Kelantan, Melaka, dan Sarawak.

Tiada kes kematian direkodkan di Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, KKM memaklumkan jumlah kes aktif di seluruh negara meningkat semula sebanyak 233 kes menjadi 62,486 kes berbanding 62,253 pada Khamis.

Daripada jumlah itu, 50,925 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 6,038 ditempatkan di PKRC; 5,024 dimasukkan ke hospital; dan 499 dirawat di ICU dengan 269 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Keseluruhannya sehingga semalam, sebanyak 2,643,620 kumulatif kes positif dilaporkan, dengan 2,556,554 pesakit telah sembuh.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok