168 rakyat Malaysia terkandas jadi sindiket penipuan kerja: PDRM

August 19, 2022 · Isu semasa

Seramai 238 warga tempatan menjadi mangsa sindiket penipuan bekerja di luar negara termasuk 168 orang yang masih terkandas di luar negara, kata Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin.

Beliau berkata sebanyak 182 laporan berkaitan kes itu diterima PDRM sejak 2021 dan seramai 70 individu telah berjaya diselamatkan, lapor Bernama.

Katanya hasil soal siasat mendapati mangsa diperdaya menerusi iklan peluang kerjaya di Facebook sebagai pegawai khidmat pelanggan di luar negara dengan bayaran yang lumayan.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu akan menghubungi ejen melalui aplikasi WeChat, WhatsApp dan Messenger. Setelah mendapat persetujuan mangsa, ejen memaklumkan akan mengurus dan menanggung kos perbelanjaan perjalanan ke destinasi pekerjaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah berkata setelah tiba di destinasi, semua dokumen perjalanan dan telefon mangsa akan dirampas dan dimusnahkan.

Beliau berkata mereka seterusnya dikurung dan dikawal ketat serta akhirnya dipaksa bekerja untuk sindiket perjudian online, scammer, pelaburan, love scam dan lain-lain penipuan.

“PDRM kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri, Aseanapol (Polis Negara ASEAN), Interpol (Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa) bagi mengesan dan membawa pulang mangsa yang masih terkandas.

“Ahli keluarga atau kenalan mangsa yang mempunyai sebarang maklumat dinasihatkan membuat laporan polis sekiranya belum berbuat demikian dan jangan berurusan terus dengan pihak sindiket atau orang yang tidak dikenali,” katanya.

Sementara itu, Noorsiah berkata menerusi Op Pintas ‘Daya’ pada 3 Ogos lepas, enam individu termasuk dua wanita warga tempatan telah ditahan kerana disyaki terlibat kegiatan sindiket sama.

“Kesemua yang ditahan berumur lingkungan 33 hingga 45 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 12 dan Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

“Turut dirampas adalah telefon bimbit, komputer riba, modem, penghala, pemacu pena dan wang tunai,” katanya.

Beliau berkata operasi tersebut dijalankan dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Pasukan Petugas Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) serta Kementerian Dalam Negeri.

 

Berita berkaitan
Kertas siasatan dibuka dalam kes lima polis larikan seorang lelaki dan pukul
October 2, 2023· Isu semasa
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023· Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
October 1, 2023· Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023· Isu semasa
Popular
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
October 3, 2023
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
October 3, 2023
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
October 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
9 jam lalu · Isu semasa
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
18 jam lalu · Isu semasa
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
18 jam lalu · Isu semasa
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
18 jam lalu · Isu semasa
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
5 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok