164,375 kanak-kanak 5 hingga 11 tahun lengkapkan dua dos vaksin

Sejumlah 69,272,251 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing, sejak kerajaan melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada 24 Februari tahun lalu hingga semalam.

Daripada jumlah itu, 25,984,454 atau 79.6 peratus lengkap dua dos suntikan, manakala 27,567,306 atau 84.4 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Pada masa sama 22,957,974 atau 97.6 peratus individu dewasa telah menerima dua dos vaksin, manakala 23,235,033 atau 98.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sejak Oktober lalu pula sejumlah 15,933,049 atau 67.7 peratus individu dewasa menerima dos penggalak dengan semalam sahaja seramai 10,180 dos telah diberikan.

Sementara itu, sejak September tahun lalu pula seramai 2,862,105 atau 92.0 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, dan 2,963,947 atau 95.3 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi PICKids yang bermula awal Februari lalu, seramai 164,375 atau 4.6 peratus daripada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima dua suntikan dos vaksin, dan 1,368,326 atau 38.5 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam sahaja sebanyak 33,494 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada kanak-kanak dengan 29,917 daripadanya adalah dos kedua.

BERITA BERKAIT
POPULAR