1,633 kes baharu, dua kematian

November 21, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 20 November 2022) turun ke paras terendah sejak pertengahan Oktober lalu, apabila mencatat 1,633 kes, berbanding 2,450 yang direkodkan pada Sabtu, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Jumlah jangkitan harian terendah direkodkan sebelum ini ialah 1,210 kes pada 17 Oktober lalu.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,967,299 kes, dengan 4,903,906 pesakit telah sembuh, termasuk 1,989 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,116 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 287 kes (penerima dua dos); 223 kes (individu tidak divaksinasi); dan tujuh kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sehingga kini 26,798 kes masih aktif, turun lagi berbanding 27,156 yang dilaporkan sehingga Sabtu.

Daripada jumlah itu, 24,847 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (25,217 pesakit pada Sabtu); dan 1,857 dirawat di hospital, naik semula berbanding 1,848 pada Sabtu.

Seramai 94 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (91 pada Sabtu), dengan 55 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (63 pada Sabtu).

Sementara itu, dua pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam. Tiada kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID), dilaporkan.

Dua kematian itu masing-masing dilaporkan di Pulau Pinang dan Selangor.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 yang dilaporkan mulai 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,595 kes, termasuk 7,783 kes BID.

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 562 (1,523,822)
  • Kuala Lumpur – 131 (461,065)
  • Sabah – 133 (403,074)
  • Johor – 50 (396,563)
  • Sarawak – 51 (319,316)
  • Kedah – 99 (314,422)
  • Pulau Pinang – 148 (303,564)
  • Kelantan – 41 (257,372)
  • Perak – 65 (235,897)
  • Negeri Sembilan – 80 (228,400)
  • Pahang – 53 (180,387)
  • Melaka – 127 (140,355)
  • Terengganu – 49 (131,327)
  • Putrajaya – 39 (30,479)
  • Labuan – 2 (22,527)
  • Perlis – 3 (18,729).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Zeti beritahu saya Najib banyak duit dalam akaun: Dr M
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok