1,630 penerima vaksin dos penggalak dijangkiti Covid-19 semalam

September 3, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 2 September 2022) turun sedikit kepada 2,328 kes berbanding 2,356 kes yang dicatat pada Khamis.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,787,308 kes, dengan 4,719,910 pesakit telah sembuh, termasuk 2,618 pesakit telah pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,630 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 482 kes (penerima dua dos); 201 (individu tidak divaksinasi); dan 15 kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 31,164 kes masih aktif, turun sedikit berbanding 31,463 yang dicatat pada Khamis.

Jumlah itu termasuk, 29,761 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (30,084 pada Khamis); dan 19 ditempatkan di PKRC (20 pada Khamis).

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital bagaimanapun naik sedikit kepada 1,305 semalam, berbanding 1,285 pesakit pada Khamis, manakala 79 dimasukkan ke unit rawatan rapi (74 pada Khamis), dengan 44 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (46 pada Khamis).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 715 (1,461,732);
  • Kuala Lumpur – 415 (426,835);
  • Johor – 66 (392,141);
  • Sabah – 205 (390,328);
  • Sarawak – 140 (313,077);
  • Kedah – 87 (307,847);
  • Pulau Pinang – 75 (295,089);
  • Kelantan – 76 (252,141);
  • Perak – 175 (223,104);
  • Negeri Sembilan – 125 (219,576);
  • Pahang – 55 (176,269);
  • Melaka – 109 (133,338);
  • Terengganu – 34 (128,850);
  • Putrajaya – 36 (26,586);
  • Labuan – 6 (22,161); dan
  • Perlis – 9 (18,234).

KKM juga memaklumkan sembilan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk tiga kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Tiga daripada kes kematian itu dilaporkan di Melaka (1 BID), dan masing-masing satu di Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang (BID), Sabah, Sarawak, dan Selangor (BID).

Data laman sesawang CovidNOW KKM menunjukkan sejak Mac 2020 hingga semalam, jumlah kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 meningkat kepada 36,234 kes, termasuk 7,702 kes BID.

Sementara itu, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari 2021 hingga semalam, lebih 72.27 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing.

Berita berkaitan
Calon, petugas ada gejaka influenza perlu pakai pelitup muka
August 3, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Popular
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
2 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
2 jam lalu · Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
5 jam lalu · Isu semasa
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
5 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
24 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok