1,628 kes baharu, satu kematian

October 13, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 12 Oktober 2022) meningkat lagi kepada 1,628 kes berbanding 1,291 yang dicatat pada Selasa.

Jumlah kes baharu itu termasuk tujuh kes import.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,859,136 kes, dengan 4,800,584 pesakit telah sembuh, termasuk 1,345 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 1,202 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 290 kes (penerima dua dos); 134 kes (individu tidak divaksinasi); dan dua kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu data laman sesawang KKMNOW pula menunjukkan sehingga kini 21,145 kes masih aktif, turun lagi berbanding 21,863 kes yang dilaporkan sehingga Selasa.

Daripada jumlah itu, 21,199 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (20,897 pesakit pada Selasa); 905 dirawat di hospital (920 Selasa); dan 41 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (46 Selasa), dengan 20 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (22 Selasa).

Tiada pesakit yang kini ditempatkan untuk menerima rawatan di PKRC.

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 497 (1,483,152);
  • Kuala Lumpur – 359 (441,475);
  • Sabah – 121 (396,343);
  • Johor – 48 (394,345);
  • Sarawak – 86 (316,323);
  • Kedah – 55 (310,511);
  • Pulau Pinang – 51 (298,288);
  • Kelantan – 55 (254,200);
  • Perak – 124 (229,298);
  • Negeri Sembilan – 61 (223,040);
  • Pahang – 35 (177,867);
  • Melaka – 45 (135,937);
  • Terengganu – 26 (129,849);
  • Putrajaya – 42 (27,724);
  • Labuan – 1 (22,285); dan
  • Perlis – 0 (18,499).

Sementara itu, KKM juga melaporkan hanya seorang pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Tiada kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID) dilaporkan.

Kes kematian berkenaan dilaporkan di Pahang. Sehingga kini, jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,407 kes, termasuk 7,741 kes meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
2 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
2 jam lalu · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
19 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok