1,627 kes semalam, 4 kematian

October 9, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 8 Oktober 2022) meningkat kepada turun semula kepada 1,627 kes, berbanding 1,788 kes yang direkodkan pada Jumaat, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,853,523 kes, dengan 4,794,004 pesakit telah sembuh, termasuk 2,379 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 1,168 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 282 kes (penerima dua dos); 165 kes (individu tidak divaksinasi); dan 12 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu data laman sesawang KKMNOW pula menunjukkan sehingga kini 23,121 kes masih aktif, turun berbanding 23,877 kes yang dilaporkan sehingga Jumaat.

Daripada jumlah itu, 22,115 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (22,859 pesakit pada Jumaat); 963 dirawat di hospital (980 Jumaat); dan 43 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (38 Jumaat), dengan 27 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (24 Jumaat).

Tiada pesakit yang kini ditempatkan untuk menerima rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 522 (1,481,072);
  • Kuala Lumpur – 314 (440,356);
  • Sabah – 129 (395,916);
  • Johor – 79 (394,187);
  • Sarawak – 49 (316,120);
  • Kedah – 60 (310,293);
  • Pulau Pinang – 87 (298,052);
  • Kelantan – 16 (254,054);
  • Perak – 164 (228,906);
  • Negeri Sembilan – 67 (222,788);
  • Pahang – 33 (177,777);
  • Melaka – 60 (135,789);
  • Terengganu – 8 (129,785);
  • Putrajaya – 35 (27,649);
  • Labuan – 1 (22,283); dan
  • Perlis – 3 18,496).

Sementara itu KKM juga melaporkan empat pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes ‘brought in death’ (BID).

Dua daripada kes kematian itu dilaporkan di Perak, dengan satu daripadanya adalah kes BID, manakala masing-masing satu kes di Pahang dan Selangor.

Jumlah itu menjadikan sejak Mac 2020 hingga semalam, seramai 36,398 pesakit Covid-19 telah meninggal dunia, termasuk 7,740 kes BID.

Berita berkaitan
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Nyahsenarai cecair nikotin: MCTC saman menteri kesihatan, kerajaan
July 3, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
14 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
22 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
22 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
5 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok