1,616 kes baharu, empat kematian

December 9, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 8 Disember 2022) turun kepada 1,616 kes berbanding 1,682 yang direkodkan pada Rabu, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 5,006,855 kes, dengan 4,948,640 pesakit telah sembuh, termasuk 2,145 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,074 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 355 kes (penerima dua dos); 178 kes (individu tidak divaksinasi); dan sembilan kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Data laman sesawang KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sehingga semalam 21,473 kes masih aktif, turun semula berbanding 22,006 yang dilaporkan sehingga Rabu.

Daripada jumlah itu, 20,068 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (20,514 pesakit pada Rabu); dan 1,324 pesakit dirawat di hospital, turun berbanding 1,401 pada Rabu.

KKM juga memaklumkan tiada pesakit ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Seramai 81 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, turun berbanding 91 pada Rabu, dengan 58 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (sama seperti Rabu).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 474 (1,537,887)
  • Kuala Lumpur – 154 (464,494)
  • Sabah – 82 (405,770)
  • Johor – 30 (397,291)
  • Sarawak – 145 (321,844)
  • Kedah – 104 (316,893)
  • Pulau Pinang – 130 (305,620)
  • Kelantan – 51 (259,262)
  • Perak – 77 (237,575)
  • Negeri Sembilan – 83 (229,776)
  • Pahang – 44 (181,802)
  • Melaka – 96 (142,923)
  • Terengganu – 42 (132,394)
  • Putrajaya – 75 (31,624)
  • Labuan – 19 (22,832)
  • Perlis – 10 (18,868).

Sementara itu, empat pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought ini death’ (BID).

Angka itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,742 kes, termasuk 7,829 kes BID.

Dua daripada kematian itu dilaporkan di Perak, manakala masing-masing satu di Selangor dan Terengganu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok