
Data sehingga 25 September 2022.
Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara semalam (Ahad, 25 September 2022) terus turun kepada 1,608 kes, berbanding 1,924 yang dicatat pada Sabtu, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.
Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu melanda Malaysia pada Januari 2020 meningkat kepada 4,831,822 kes, dengan 4,770,940 pesakit telah sembuh, termasuk 2,352 pesakit yang pulih semalam.
Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,142 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 307 kes (penerima dua dos); 149 kes (individu tidak divaksinasi); dan 10 kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).
Data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini awal pagi tadi menunjukkan sehingga kini sebanyak 24,532 kes masih aktif, turun semula berbanding 25,278 yang dicatat pada Sabtu.
Jumlah itu termasuk, 23,336 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah, turun berbanding 24,136 pesakit pada Sabtu, manakala tiga pesakit dirawat di PKRC (dua pada Sabtu).
Jumlah pesakit yang dirawat di hospital pula meningkat kepada 1,142, berbanding 1,089 pesakit pada Sabtu, manakala seramai 51 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (kekal seperti Sabtu), dengan 29 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (28 pada Sabtu).
Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:
- Selangor – 545 (1,474,315);
- Kuala Lumpur – 314 (435,913);
- Sabah – 135 (394,130);
- Johor – 49 (393,571);
- Sarawak – 52 (315,214);
- Kedah – 54 (309,498);
- Pulau Pinang – 77 (296,967);
- Kelantan – 29 (253,476);
- Perak – 141 (227,043);
- Negeri Sembilan – 79 (221,698);
- Pahang – 28 (177,391);
- Melaka – 42 (135,057);
- Terengganu – 21 (129,532);
- Putrajaya – 31 (27,326);
- Labuan – 0 (22,254); dan
- Perlis – 11 (18,437).
Sementara itu, dua pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Tiada kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes ‘brought in death’ (BID).
Dua kes kematian semalam dilaporkan di Perak dan Sarawak.
Jumlah baharu itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,350 kes, termasuk 7,731 kes BID.