16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah

December 7, 2022 · Isu semasa

Enam belas pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 6 Disember 2022), tertinggi setelah 17 kes yang dicatat pada 30 November lalu.

Jumlah terbaharu itu termasuk lapan kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID), menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.

Angka itu juga menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,732 kes, termasuk 7,828 kes BID, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi, .

Kedah mencatat jumlah tertinggi kematian iaitu melibatkan tujuh kes, termasuk enam BID, diikuti tiga kes di Selangor; masing-masing dua di Pahang dan Perak (BID), serta masing-masing satu di Johor dan Sabah.

Sehingga semalam, Kedah mencatat 316,586 kes positif Covid-19, dengan 313,462 pesakit telah sembuh, dan 2,709 kematian, termasuk 506 kes BID.

Sementara itu, jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam meningkat sedikit apabila mencatat 1,649 kes, berbanding 1,576 pada Isnin.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 5,003,557 kes, dengan 4,945,067 pesakit telah sembuh, termasuk 1,675 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,123 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 328 kes (penerima dua dos); 192 kes (individu tidak divaksinasi); dan enam kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Data laman sesawang KKMNOW menunjukkan sehingga semalam 21,758 kes masih aktif, turun berbanding 21,800 yang dilaporkan sehingga Isnin.

Daripada jumlah itu, 20,243 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (20,198 pesakit pada Isnin); dan 1,414 pesakit dirawat di hospital, turun berbanding 1,504 pada Isnin.

KKM juga memaklumkan tiada pesakit ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Seramai 101 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, naik berbanding 98 pada Isnin, dengan 64 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (69 pada Isnin).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 530 (1,536,927)
  • Kuala Lumpur – 170 (464,180)
  • Sabah – 79 (405,573)
  • Johor – 40 (397,224)
  • Sarawak – 170 (321,549)
  • Kedah – 116 (316,702)
  • Pulau Pinang – 87 (305,367)
  • Kelantan – 92 (259,145)
  • Perak – 59 (237,427)
  • Negeri Sembilan – 42 (229,614)
  • Pahang – 42 (181,684)
  • Melaka – 126 (142,687)
  • Terengganu – 34 (132,319)
  • Putrajaya – 34 (31,504)
  • Labuan – 20 (22,802)
  • Perlis – 8 (18,853).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok