16 kematian, kes positif terkumpul Selangor cecah lebih 800,000

January 18, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 16 lagi pesakit di lapan negeri meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk dua kes ‘Brought in Death’ (BID), lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Angka itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak wabak itu melanda negara pada awal 2020 lalu, meningkat kepada 31,808 kes, termasuk 6,417 kes BID.

Selangor yang merekodkan kumulatif positif sebanyak 800,311 kes semalam, mencatat lima kematian, termasuk satu kes BID, menurut laman sesawang Covidnow yang dikemas kini tengah malam tadi.

Negeri yang menjadi ‘hotspots’ Covid-19 di Malaysia itu, kini merekodkan 10,020 kes kematian, termasuk 2,124 kes BID; 779,733 pesakit sembuh; dan 10,558 kes masih aktif.

Berdasarkan taburan kematian mengikut kumpulan umur di Selangor pula, 31.6 peratus kematian masing-masing melibatkan pesakit berusia 60 hingga 69 tahun, dan 80 tahun ke atas, diikuti 15.8 peratus masing-masing bagi usia 40 hingga 49 tahun, serta 70 hingga 79 tahun.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 9,050 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 768 ditempatkan di PKRC; 709 dimasukkan ke hospital; dan 31 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 14 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam seramai 4,780,766 individu atau 94.5 peratus populasi Selangor melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing, dan 4,848,556 atau 95.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sejak 13 Oktober tahun lalu hingga semalam, seramai 2,324,740 atau 35.6 peratus individu yang layak di negeri itu telah menerima dos penggalak.

Sebanyak 44 daripada 1,323 kluster yang dikesan di negeri itu juga masih aktif, dengan majoritinya melibatkan jangkitan di tempat kerja, menurut Covidnow.

Bagi kes kematian di negeri lain, Terengganu merekodkan tiga kes, diikuti masing-masing dua di Pulau Pinang serta Negeri Sembilan; dan masing-masing satu kes di Johor, Kedah, Kelantan, dan Sabah.

Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Pahang, Perak, Perlis, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga semalam negara merekodkan 2,810,689 kumulatif positif, termasuk 13,432 kes import, 2,738,262 pesakit telah sembuh dan 40,619 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 33,585 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 3,762 ditempatkan di PKRC; 3,088 dimasukkan ke hospital; dan 184 dirawat di ICU, dengan 87 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Enggan vaksin, guru boleh ditukar jika jejas proses PdP
September 26, 2021
Beberapa negeri bakal berdepan hujan lebat dan ribut petir esok: MetMalaysia
October 23, 2022
Ulama tersohor Pulau Pinang Syeikh Abdullah meninggal dunia
January 9, 2022
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
22 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
22 jam lalu · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok