16 kematian, kes kekal bawah 10,000

April 21, 2022 · Isu semasa

Covid-19 meragut 16 lagi nyawa di Malaysia dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 20 April 2022), dengan tujuh daripadanya melibatkan individu tidak divaksinasi, enam (penerima dua dos); dan tiga (penerima dos penggalak).

Jumlah itu termasuk lapan kematian di luar fasiliti kesihatan sebelum mayat dibawa ke hospital untuk dibedah siasat atau dikategorikan sebagai kes ‘brought in death’ (BID).

Angka terbaharu kematian itu menjadikan kumulatif sejak Mac 2020 lalu meningkat kepada 35,465 kes, termasuk 7,505 kes BID, menurut laman sesawang CovidNOW kendalian Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.

Data menunjukkan Pulau Pinang mencatat kes kematian tertinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak empat kes, menjadikan kumulatif 1,976 kes.

Sehingga semalam, Pulau Pinang merekodkan 275,534 kumulatif positif, dengan 271,947 pesakit telah pulih, dan 1,611 kes masih aktif, termasuk 1,532 pesakit yang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 77 pesakit dimasukkan ke hospital setakat semalam, dan dua lagi dirawat di ICU, dengan seorang daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. Tiada pesakit ditempatkan di PKRC di Pulau Pinang.

Bagi negeri-negeri lain, Kedah dan Perak masing-masing merekodkan tiga kes kematian, diikuti masing-masing dua di Johor serta Selangor, dan masing-masing satu kes di Sabah, serta Kuala Lumpur.

Sementara itu, jangkitan Covid-19 di seluruh negara semalam kekal di bawah 10,000 walaupun meningkat 899 kes berbanding sehari sebelumnya.

Dalam tempoh itu sebanyak 6,968 jangkitan baharu dilaporkan, tinggi sedikit daripada 6,069 kes yang dicatat pada Selasa.

Angka itu menjadikan kumulatif positif sejak kes pertama dikesan pada Januari 2020 hingga semalam sebanyak 4,409,202 kes – ketiga tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN selepas Vietnam dan Indonesia.

Daripada jumlah itu, seramai 4,283,013 pesakit telah sembuh; 35,463 kematian dilaporkan dan 90,724 kes masih aktif, termasuk 88,489 pesakit yang menjalani kuarantin di rumah.

Selain itu, seramai 183 pesakit masih ditempatkan di PKRC; 1,955 dimasukkan ke hospital; dan 97 pesakit dirawat di ICU dengan 63 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Lapan negeri dan Wilayah Persekutuan merekodkan peningkatan jangkitan hari ini, iaitu Selangor, Perak, Johor, Kedah, Sabah, Putrajaya, Perlis dan Labuan.

Berikut adalah jumlah kumulatif positif bagi semua negeri dan Wilayah Persekutuan setakat semalam:

  • Selangor – 1,318,085;
  • Johor – 380,942;
  • Sabah – 370,132;
  • Kuala Lumpur – 343,469;
  • Sarawak – 304,281;
  • Kedah – 297,680;
  • Pulau Pinang – 275,534;
  • Kelantan – 247,112;
  • Negeri Sembilan – 199,492;
  • Perak – 198,691;
  • Pahang – 170,202;
  • Terengganu – 125,360;
  • Melaka – 120,938;
  • Labuan – 21,251;
  • Putrajaya – 18,844; dan
  • Perlis – 17,189.

Pada masa sama, KKM turut memaklumkan empat lagi kluster pendidikan dikesan semalam, dengan salah satu kluster berkenaan merebak di dua negeri.

Kluster Covid-19 yang dikesan semalam membabitkan:

  • Kluster Jalan Labu di Jempol, Seremban, Klang, Gombak dan Kuala Selangor – 126 kes;
  • Kluster Tiga Jalan Yaacob Latif 2 di Cheras, Kuala Lumpur – 55 kes;
  • Kluster Jalan Lama Kuala Selangor di Sabak Bernam, Selangor – 28 kes; dan
  • Kluster Jalan Anggerik 21 2 di Johor Bahru, Johor – 10 kes.

Sehingga semalam sebanyak 6,999 kluster Covid-19 telah dikesan, dengan 106 masih aktif, manakala selebihnya telah ditamatkan.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 20 April 2022.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok